Skip to main content

AMIN BERBAJU MERAH


Dari 7.30 pagi sampai pukul 11.50 pagi, Amin asyik mundar-mandir dalam bilik guru. Hari ini nampak hari yang begitu sibuk bagi dirinya. Kakinya tidak henti melangkah berjalan dalam bilik guru.
Seketika dia duduk di kerusinya sambil menghadap komputer riba merahnya. Komputer riba yang boleh dikategorikan sebagai usang dan purba. Papan kekunci ditekan berkali-kali. Makin laju ditekan, makin nampak sibuk dan serabutnya dia.
Sesekali kedua tangannya memegang kepala seolah-olah tidak mahu kepalanya meletup. Arghhh… Songkok yang dipakai sudah hilang entah ke mana. Dahinya berkerut.
Kemudian dia bangun dan menuju ke meja printer di hujung sana. Kedua tangannya mencekak pinggang menanti kertas untuk siap dicetak. Dia menanti dengan penuh sabar untuk setiap helaian kertas siap dicetak.
“Min, nampak sibuk hari ini. Okay ke tu?” Aku memberanikan diri untuk bertanya.
Amin diam. Soalan yang ditanya sepi tanpa jawapan.
“Min… o… Min. Okay ke tu?” Sekali lagi aku bertanya.
Deru angin dari kipas jenama KDK dalam bilik guru membawa soalan aku ke telinga Amin. Namun, masih senyap tanpa jawapan. Tangannya masih mencekak pinggang. Matanya tajam merenung printer yang tengah mencetak kertas.
Dua kali pertanyaan aku tidak dijawab. Aku mengambil keputusan untuk turut diam. Mungkin fikirannya berserabut sehingga tidak mendengar soalan aku. Aku bersangka baik saja.
“Kawe okay. Kawe seronok sangat hari ini.” Tiba-tiba keluar suara Amin menjawab soalan yang ditanya kepadanya. Kedudukan badannya masih tidak berubah. Kaku mencekak pinggang menunggu kertas siap dicetak.
“Aaa… kawe ingat demo pekak dah tadi. Seronok kenapa tu?”
“Hari ini kawe pakai baju merah. Sama pula dengan cikgu tu hari ini,” jawab Amin. Suaranya matang dan serius. Tak ada nada seronok dan gembira.
Cikgu itu? Entah cikgu mana yang pakai sama warna dengan bajunya.
“Pastu… kata seronok. Bunyi macam sedih tu.” Aku kehairanan.
“Kawe seronok. Tapi kawe sedih. Kawe lapar ni. Tapi tak ada orang pun ajak kawe makan. Kawe tengok sek demo sedap makan gulai otak yang Ayu Kitchen masak. Duk horay-horay.” Pecah sudah kenapa Amin berdiam diri dari tadi.
“Mari Min. Mari makan dulu. Nasi ada lagi lagi. Lauk ada lagi.”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.