Skip to main content

PJJ : ANAK KEDUA PART 3

Kereta terus meluncur laju melalui lebuhraya Gambang-Segamat. Baru sejam lebih yang lalu aku melalui jalan ini. Cuma tadi menghala ke Segamat, kali ini menghala pula ke Gambang. Hatim yang dari tadi sudah menunjukkan reaksi bingung kerana masih tak sampai ke rumah.

“Abah nak gi mana?”, tanya Hatim dengan pelat kanak-kanak. Bulan Disember nanti, genap usia Hatim 4 tahun.

“Nak pergi rumah tok ma. Nak balik kampung”, jawab aku.

“Kenapaaa…?” Bunyi ‘a’ dekat belakang tu sengaja dia tarik panjang. Huruf ‘p’ pula seakan ada sabdu. Bunyi macam mengada. Kalau orang dewasa yang buat, boleh dipanggil gedik.

“Hatim tak nak balik kampung. Hatim nak duk Muadzam. Hatim nak main mainan”, sambung Hatim. Kadang aku tak perasan bila Hatim petah berbicara. Jumpa sekali seminggu. Sedar-sedar, banyak pula kena jawab soalan dia.

Jalan Muadzam - Segamat ni sudah elok dan tidak berkawah berbanding 3 tahun yang lepas. Banyak yang sudah diturap dengan tar baharu. Dari Muadzam, sepanjang 30 kilometer jalan cuma dua lorong. Satu hala ke Segamat, satu hala ke Gambang. Jika ada lori, memang kena sabar beratur disebabkan jalan dia yang berbukit dan banyak selekoh. Susah nak memotong.

Matahari yang warnanya keorenan sudah merendah ke barat. Malam bakal tiba. Jalan menuju ke Gambang lebih gelap berbanding jalan biasa disebabkan jajaran pokok sawit yang berada di sisi jalan.

“Abah, kenapa umi diam?” Tanya Hatim.

Aku menoleh ke arah isteri. Bersandar tanpa bicara. Mungkin kali ini dia beri peluang dekat aku untuk melayan semua soalan dari Hatim. Hampir 2 minggu aku tak pergi Muadzam Shah disebabkan komitmen kerja.

“Umi penat. Umi nak rehat.” Jawab aku ringkas.

“Okay ke?” Tanya aku pada isteri. Isteri aku cuma mengangguk lemah.

Lebuhraya LPT dari Gambang ke Kuala Terengganu sedikit sunyi. Tidak banyak kereta yang melaluinya. Lori pula cuma sekali-sekala berada di lorong paling kiri. Dari Gambang ke Kuala Terengganu, jaraknya mencecah 200 KM. Serius, terasa bosan dan rasa lama nak menghabiskan 200 KM.

Di tempat duduk belakang, Hatim sudah tidur. Tidur dengan pakaian rasmi tadikanya. Baju rasmi yang berwarna kuning dan coklat. Warna coklat di lengan, dan warna kuning di badan. Kadang-kadang terdengar bunyi dengkuran.

Peneman perjalanan adalah audio siar Keluar Sekejap. Memang tidak menghampakan. Tanpa sedar, aku menghabiskan satu episod Keluar Sekejap sebaik sahaja sampai di tol Kuala Terengganu. Fakta, olahan huraian sesuatu isu dan lenggok bahasa yang diguna oleh KJ dan Shahril menjadikan satu episod itu sungguh sekejap. Nampak kena dengan jenamanya, Keluar Sekejap.

Isteri dan anak. Keduanya sudah lena. Cuma aku sahaja bertemankan malam yang gelap membelah jalan untuk sampai ke destinasi. ‘Chewing-gum’ menjadi azimat untuk mata tidak mengantuk. Walaupun lenguh rahang memamah, aku tidak berhenti.

Pukul 11 malam, masih lagi belum sampai di Pasir Mas. Sudah 12 jam aku memandu. Berhenti cuma dua kali untuk mengisi minyak, satu di Petron Gambang, dan satu lagi di Shell Jertih.

Akhirnya, 12.30 tengah malam kereta terpacak di depan rumah mentua. Barang-barang diangkut masuk ke rumah. Nikmat rasanya bila badan bersentuh dengan tilam. Dan segala puji dan syukur, isteri tidak beranak atas kereta. Mungkin bayi dalam kandungan seronok dapat naik kereta dan turut tidur dengan lena sepanjang perjalanan.

“Bang, bang, bangun! Sakit perut la!” Jerit isteri aku. Tangannya menggoncang tangan aku. Terus aku bangkit dan mencapai kunci kereta. Badan masih lagi terhuyung-hayang. Separa mamai. Jam dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi.

“Jom ke hospital!” Dari rumah mentua ke Hospital Lati cuma 10 minit. Beg yang berisi barang keperluan bersalin turut dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Alhamdulillah. Hari Jumaat, 19 Julai 2024, pukul 4.20 pagi, lahirlah seorang putera di Hospital Lati.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.