Skip to main content

ASAL USUL KG. SIMPUL BELUBANG



Cuaca mendung sepanjang perjalanan hari ini. Dari Pasir Mas hingga Sg. Siput cuaca mendung. Sinar matahari nampak terhalang oleh awan yang tebal.

“Kawe gerak awal esok. Takut jammed.” Kata Bakari. Bakari anak jati Machang, Kelantan tetapi berkhidmat di Pulau Pinang. Masa cuti sekolah sahaja baru boleh nampak kelibat Bakari di bumi Machang. Semalam, sempat juga bersua dengan Bakari walau sebentar.

Bakari dari Kg. Simpul Belubang.

“Mil, demo nak tahu nama kampung kawe?” Tanya Bakari pada aku. Dialog yang mencecah 17 tahun lamanya dahulu masih aku ingat.

“Tahu Yi. Sebab kampung demo tu banyak jalan-jalan yang berlubang.” Teka aku. Nama kampungnya adalah Kg. Simpul Belubang.

“Salah. Bukan Mil. Teka lagi.”

“Sebab kampung demo ada tali besar, lepas tu orang buat simpulan yang berlubang dekat tali.” Aku meneka buat kali kedua. Aku sudah kehabisan idea kenapa dinamakan Simpul Belubang.

“Salah! Teka lagi Mil.” Bakari tersenyum bila jawapan aku tidak menepati jawapan sebenarnya.

“Payah Yi nak teka ni.” Aku sudah mengalah.

“Begini. Kampung kawe tu ‘mat saleh’ buwi nama. Asal nama kampung kawe ‘Simple Blue Bear’. Lama-lama orang duk sebut Simpul Belubang.” Bakari dengan bangga memberitahu jawapan teka-tekinya. Bangga dengan nama kampungnya.

Aku tergelak mendengar jawapan Bakari. Boleh jadi betul yang asal usul nama Kg. Simpul Belubang adalah dari ‘mat saleh’.

Simple Blue Bear!

Nampaknya mungkin betul esok jalan akan jammed disebabkan perantau ingin pulang ke tempat bekerja masing-masing selepas habis cuti sekolah.

Aku bertolak dari Pasir Mas pukul 11.30 pagi. Dalam perjalanan, aplikasi Google Maps menyatakan memang ada kesesakan lalu lintas di Bukit Bunga dan Ayer Lanas, Jeli. Dekat Ayer Lanas aku boleh agak kesesakannya disebabkan oleh pembinaan jambatan.

Google Maps ni ada ketika bukannya tepat. Jalan tak sesak, tapi siap dengan warna merah jalan tersebut nak tunjuk ada kesesakan yang teruk. Kalau warna kuning, sederhana sesak. Bila sendiri lalu, lancar elok trafik tanpa ada kesesakan.

Tapi kali ini, aku memilih untuk tidak mengambil risiko dan memilih untuk percaya kepada Google Maps.

Dari Batu Gajah aku melalui jalan ke Lata Bijih dan keluar di Lakota, Jeli. Jalan sungguh lancar walaupun jalan kampung dan tiba di Jeli pun tidak ada kesesakan. Lancar hingga ke Gerik.

Cuma di Masjid Nurussalam, Gerik agak ramai orang yang musafir. Parkir penuh dan tandas di masjid perlu beratur untuk menggunakannya.

Kedai Teja buka seperti biasa tapi bos Teja belum sampai lagi. Aku cuma berhenti untuk memesan segelas Bajigur dan meneruskan perjalanan ke Sg. Siput. Trafik lancar walaupun banyak kereta dengan nombor pendaftaran ‘D’ di atas jalan raya.

Ketika melepasi Felda Lawin, satu mesej dari Cek sampai.

‘Tunggu situ Mil. Kejap lagi aku sampai. Duk masjid ni.’ Cek membalas status whatsapp aku yang menunjukkan gambar kedai Teja.

Nasib Cek pada hari ini tidak begitu baik.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.