Skip to main content

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK 2024

“Budak ni, kalau dia lemah dalam pelajaran, tak semestinya dia lemah benda lain.
“Sekolah kita ni… pelajarnya bukan cerdas sangat otak. Mil, dalam 5 buah sekolah agama dalam daerah, sekolah kita yang paling corot. Dah tak ada pilihan lain baru mereka pilih sekolah kita.
“Saya rasa, kalau budak tak boleh dalam pembelajaran, kita cuba ‘channel’ dia untuk berjaya dalam sukan atau kokurikulum,” ujar Wardi memulakan mukadimah. Di depannya ada secawan air suam dan teh o panas. Ini adalah minuman yang biasa dipesan kalau berada di kedai makan.
Wardi adalah orang lama di sekolah. Hampir 20 tahun dia berkhidmat di sekolah ini. Kebetulan, ayahnya adalah antara orang penting yang mengasaskan sekolah ini. Dari Sekolah Agama Rakyat, sekarang ini sudah bertukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan pandangannya. Memang betul, tak bermakna jika seseorang lemah dalam pelajaran, bidang lain pun dia turut lemah. Kalau semua orang bijak pandai, nanti siapa yang nak ajar orang yang kurang pandai?
“Dulu saya dah anjur kejohanan futsal peringkat daerah untuk sekolah agama. Ada 4 sekolah yang menyertai. Sekolah kita dapat johan ketika itu.
“Masa tu saya seronok betul bila tengok wajah budak-budak kita yang seronok bila mereka dapat julang piala. Ya la, sekolah kecil, mereka pun tak sangka mereka boleh jadi johan. Nanti mereka ingat sampai tua tu mereka boleh angkat piala jadi johan daerah.” Cerita Wardi dengan penuh emosi. Gaya ceritanya seperti dia berada semula di kejohanan tersebut.
“Lepas tu Ustaz Wardi?” Tanya aku. Panjang sangat ceritanya. Aku nak tahu juga apa kesudahan penceritaannya.
“Hajatnya nak buat kejohanan futsal peringkat negeri pula. Nak bagi mereka merasa suasana menyertai kejohanan di peringkat negeri. Ada rezeki, mungkin mereka dapat julang piala peringkat negeri pula.” Terang Wardi. Air teh o dihirupnya perlahan.
“Ahhhh…” bunyi kepuasan dapat menghirup teh o panas.
“Saya bukan apa Mil. Saya rasa, inilah saya boleh bagi untuk mereka. Saya seronok tengok mereka seronok. Kalau nak bagi mereka A dalam semua subjek ujian akhir tahun, macam tak berapa cerah jalan tu.” Sambung Wardi. Setiap isi percakapannya penuh dengan huraian.
“Waaaa… terbaik tu. Nak anjur sendiri ke? Sekolah kita anjur?” Aku kagum dengan semangat Wardi. Semangat nak tengok pelajarnya yang lemah dalam pelajaran tapi mampu menjadi juara di bidang yang lain.
“Ya. Kita yang anjur atas nama sekolah. Itu nak minta tolong Jamil. Nanti bahagian surat menyurat, kertas kerja, dokumentasi, Jamil yang uruskan. Saya lemah bab ni.” Akhirnya sampai juga isi utama. Mukadimahnya memang panjang. Di hujung baru sampai ke isi utamanya.
===
Itu perbualan pada tahun 2022. Tahun aku lapor diri di sekolah tersebut. Alhamdulillah, berjaya anjur peringkat negeri Perak untuk futsal sekolah menengah agama.
Tahun 2023, diteruskan pula dengan penganjuran di peringkat kebangsaan. Pengetua pada masa itu naik syeikh bila penganjuran pada tahun 2022 berjaya dan tuan rumah pula dapat menjulang piala kejohanan.
“Wardi, tahun depan kena buat peringkat kebangsaan pula!” Pesan Ustaz Wan yang ketika itu menjawat sebagai pengetua sekolah.
Tahun 2023 mendapat penyertaan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dan piala kejohanan pada tahun itu di bawa pulang ke Perlis.
“Wardi, tahun depan peringkat antarabangsa pula!” Sekali lagi Ustaz Wan berpesan kepada Wardi. Macam cabaran pun ada.

Tahun 2024, peringkat antarabangsa tidak kesampaian. Kembali semula kejohanan di peringkat negeri. Doakan, semuanya berjalan lancar dan sempurna. 



Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.