Skip to main content

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 2


Dari Batu Melintang sampai ke Gerik, Honda Type R berada rapat di belakang kereta aku. Rasanya ini kali pertama aku bawa kereta laluan Gerik - Kelantan dengan tidak tenang. Mata, tangan dan kaki main peranan di tahap maksimum.

Aku potong, dia potong. Sesekali dari cermin pandang belakang aku tengok dekat selekoh pun dia potong. Lepas potong terus saja dia pecut menghampiri belakang kereta aku. Tak mahu berenggang walau sebentar. Dia memang berani. Kecil tapi berani. Itulah Pok Cek.

Dari Sg. Lebey, sudah boleh nampak puncak Gunung Kenderong. Puncak Gunung Kenderong pada ketika itu kelihatan warna kelabu dek hujan lebat yang turun. Tunggu masa dan ketika sahaja untuk hujan sampai yang ketika itu sedang menuju ke arah sini.

Aku memberi signal ke kanan dan memasuki perkarangan Masjid Nurussalam. Pok Cek masih setia mengikuti dari belakang. Ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya. Teramat lebat. Masjid Nurussalam adalah masjid yang mesra musafir. Tandas yang selesa. Ruang solat yang selesa. Ruang solat yang diasingkan khusus untuk orang yang musafir. Berhenti di masjid ini adalah satu keputusan yang tepat.

Usai solat, aku lihat Pok Cek mengurut-ngurut betis hingga ke lututnya. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat yang tidak jelas kedengaran. Mungkin mantera jampi serapah saki-baki silat makrifat dulu kala. Mungkin juga ayat-ayat al-Quran.

“Cek, mu balik Jertih sebab tak balik dah ke cuti sekolah minggu depan?” Tanya aku kepada Cek. Baru ada ruang untuk bersembang. Rasanya sudah lebih setahun tidak bertemu dengan Cek.

Gaya rambut Cek masih lagi sama. Potongan yang sederhana panjang dan disikat sedikit ke tepi. Rambutnya berkilat dengan minyak rambut. Rapi dan kemas.

“Rambut cari makan ni.” Aku masih ingat dengan jelas ucapan Cek pada suatu ketika dulu.

“Bukan Mil. Balik ni sebab hantar anak aku. Minggu depan aku pergi ke Kuantan. Ada sukan di bawah agensi MARA.” Jawab Cek. Cek dan isteri adalah seorang pasangan yang diikat dengan ikatan perkahwinan tetapi jauh terpisah oleh Laut China Selatan. Seorang di Selangor, seorang lagi di Sarawak.

“Cek, sambung sembang kedai Azizi Azahazuhari la. Kedai Teja.” Ajak aku. Tak berapa lawas nak bersembang dengan cuaca sejuk tanpa disulami dengan minuman panas.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.