Skip to main content

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 2



Senja sudah menjengah. Bunyi cengkerik sudah kedengaran dalam hutan di sebalik sungai. Matahari pula sudah tidak kelihatan. Hanya cahayanya masih lagi terang kemerah-merahan.

Sedang asyik melayan bunyi deru sungai, aku tengok makin ramai budak-budak dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun yang turun ke sungai. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai. Pelbagai gaya dan aksi. Sikit saja aksi mereka hampir sama dengan Pandalela Rinong.

Tapi kesemua mereka berkepala botak.


‘Sah. Kalau kepala botak, mesti budak-budak yang belajar dekat pondok ni.’ Hatiku berteka sendirian.

“Abe! Mari la mandi sekali!” Budak cilik di hujung sungai menjerit ke arah kami. Agaknya budak ni mungkin baru berumur 9 tahun. Dia paling kecil dekat situ.

Dari dalam hammock, aku mengangkat tangan melambai. Isyarat menunjukkan aku dengar panggilannya. Terus saja aku melayan perasaan dibuai hammock.

“Abe! Mari la mandi. Ke Abe takut lemas?!” Budak kecil tadi sekali lagi menjerit dari arah sungai.

Takut lemas?

Tercalar ego kejantanan bila budak kecil yang cakap macam tu.

Tanpa cakap banyak, aku keluar dari hammock dan meluru ke arah budak tadi.

“Mana tempat yang paling dalam?” Aku bertanya serius.

“Situ, tempat gelap tu,” sambil budak tadi menunjuk ke arah bahagian sungai dengan jari telunjuknya. Bahagian sungai itu luas dengan air di dasarnya nampak kehijauan. Cuma di beberapa bahagian nampak tompok gelap petanda tempat itu agak dalam.

Mukanya tersenyum ceria. Fikirnya mungkin aku sudah termakan provokasinya.

“Ooo… situ. Cuba terjun nak tengok. Dalam ke tidak.”

Tanpa cakap banyak, budak tadi terus melompat terjun ke dalam sungai, tempat yang dia tunjuk tadi. Lama tenggelam tidak timbul-timbul.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.