Skip to main content

KEDAI MAKAWE DI KG REPEK PASIR MAS - SARAPAN PAGI ALA-ALA WESTERN

 

Jarang-jarang ada juga mari rasa nak makan makanan ala-ala western. Makan pula untuk breakfast di waktu pagi. Macam mat salleh pula kan?

"Eleh... mana tahu mat salleh pagi-pagi lagi dah makan macam tu?"

"Tengok movie Mat Salleh la. Tengok ada babak dia makan macam tu. Ada hotdog ada cheese, kira makanan Mat Salleh la tu."

Untuk orang Pasir Mas yang nak sarapan ala-ala western tu, boleh cuba makan di Kedai Makawe yang terletak di Kampung Repek, Pasir Mas. Kedai dia kecil sahaja tapi berada di tepi jalan utama. Mudah untuk dilihat. Ada kain rentang yang besar bertulis Kedai Makawe.

Nama kedai bunyi Kelantan kan? Tapi makanan dia memang boleh dipuji. Semuanya sedap! Macam makan dekat Amerika.

"Makawe tu sempena nama dia Mak Awe."

"Bukan, Makawe tu maksudnya Ma Kawe (Ma Saya)."

Pernah sekali nama Kedai Makawe menjadi pertikaian. Ada yang berpendapat maksudnya adalah Mak Awe. Kelantan memang selalu letak Mat dekat depan kalau nama lelaki. Kalau perempuan, akan diletak Mek. Jadi, Kedai Makawe disebabkan nama tuan kedai adalah Awe. Nak nampak kelainan, dia ganti huruf T pada ejaan Mat tu dengan huruf K. Maka, jadilah Mak Awe.

Pendapat kedua, Makawe tu adalah singkatan kepada sebutan Ma Kawe. Kawe dalam bahasa Kelantan adalah saya. Jadi, maksudnya adalah Kedai Ma Saya. Seolah-olah tuan kedai nak menunjukkan kedai yang ada itu adalah kedai mak dia. Dia tolong uruskan.

Jadi, mana pendapat yang benar dan betul atau pendapat yang hampir kepada betul?

Setelah dirisik dan ditabayyun dengan betul, maka pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang kedua. Ini setelah ditanya sendiri kepada tuan kedai.

"Jadi, sia-sialah kita mempertikai apa makna di sebalik nama kedai? Baik terus pergi tanya tuan kedai. Dapat jawapan yang tepat!"

PELBAGAI MENU ROTI

Di Kedai Makawe ada pelbagai jenis menu roti. Roti yang digunakan adalah tebal macam roti titab dan atasnya ada pelbagai jenis topping. Ada sambal daging, ada telor, ada hotdog, ada cheese, ada kacang pol dan macam-macam lagi la.

Kalau nak nampak special sikit, ambil la Roti Makawe. Nama pun sama dengan nama kedai dan mungkin ini menu trademark kedai tersebut. Kenapa special? Sebab ia adalah yang paling mahal antara menu roti yang ada dalam senarai buku menu.

Makanan apa lagi yang ada dekat kedai ni?

Nasi kukus dengan ayam goreng pun ada dekat kedai ni. Jika rasa tak kenyang makan roti, boleh tambah order nasi kukus. Gerenti memang kenyang la jika dah makan roti, tambah pula dengan nasi kukus ayam goreng. Jika tak kenyang lagi, banyakkan muhasabah; kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup.

Tu je ke menu yang ada?

Jika diikutkan buku menu, ada lagi menu lain seperti steak daging, steak ikan, chicken chop, lamb chop cumanya tak pasti pula sama ada menu tu sekadar menu atau memang betul-betul ada. Sebabnya aku tak pernah pula order. Pergi waktu pagi, western sangat la kalau pukul 8 pagi order chicken chop dan steak daging. Minum pula dengan teh tarik.


Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.