“Motor Kriss kawe ni boleh sampai Dabong ke? Jauh tu?” Soal Mat Yie sangsi. Dia masih ragu-ragu adakah motor Kriss usang kepunyaannya mampu untuk bergerak sejauh 124KM sehala dari Pasir Mas ke Dabong biarpun no plate motornya berbaris 3 angka.
“Kita try Khamis ni macam mana. Kalau sampai, sampai la.” Jawab aku sambil kaki menguis-nguis tayar motor Mat Yie.
“Mil, motor demo setakat pusing kawasan Pasir Mas boleh la. Nak jalan jauh mesti tak sampai.” Ada saja suara sumbang yang memperlekehkan motor Honda milik aku. Hampir setiap minggu, mesti ada sekali yang melontarkan ayat-ayat sinis.
Hairan, walaupun jenama H, masih ada kasta. Jika motor, dipandang lekeh, jika kereta, disanjung tinggi.
Apakah bezanya?
Khamis kunjung tiba.
“Yie, kita gi pacak khemah. Esok, Jumaat kita balik. Okay ke?”
“Kawe beres belaka. Yang tak beres cuma motor kawe. Takut kena sidai tepi jalan.”
“Jangan risau Yie. Kriss demo ni buatan Modenas. Modenas ni syarikat Malaysia yang keluarkan produk motorsikalnya sendiri. Kriss ni lasak. Banyak mana geng sawit guna Kriss untuk pusing ladang sawit. Off-road tu biasa. Inikan pula on-road.” Nada suara aku bunyinya sedikit tinggi supaya dapat menyuntik lagi keyakinan kepada Mat Yie.
Tepat jam 3 petang. Tayar berpusing meredah angin.
“Demo naik jangan lebih 80 kilometer sejam deh?” Mat Yie sempat memberi pesanan.
Alhamdulillah. Jam 5.30 petang, Modenas Kriss dan Honda Wave selamat sampai di lokasi.
Khemah dipacak, hammock di gantung. Air sungai yang sejuk menderu sedang menanti. Burung-burung tidak berhenti berkicau seolah menyambut kehadiran kami.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.