Skip to main content

TAPAK PERKHEMAHAN PASIR RAJA, KUALA KRAI, KELANTAN : CAMPSITE TENANG, AMAN DAN DAMAI

Tenang, aman, dan damai

Perasaan untuk camping masih lagi membara setelah lama dikurung sebelum Kelantan memasuki fasa 3 untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kali ini, aku cuba mencari campsite di sebelah Kuala Krai. Untuk masuk ke Lata Y (biar pun sudah berkali camping di sana) tidak kesampaian kerana tiada kenderaan 4x4 untuk merentas jalan balak yang penuh dengan lumpur. Basikal? Lupakan saja. Pengalaman lepas begitu perit dan pedih untuk diulang kembali.


Dengan menggunakan Google Maps, aku mencari lata atau jeram sekitar Kuala Krai. Sebut sahaja Kuala Krai, sudah ada beberapa lata dan air terjun yang viral dan menjadi bualan di media sosial. Motif aku untuk camping adalah untuk mengelakkan daripada ramainya orang. Cuma ada bunyi sungai, bunyi cengkerik di kala malam dan bunyi-bunyi serangga saling bersahutan di hutan. Tiada hiruk-pikuk manusia lain yang tidak aku kenal. Sombong betul kan?


Nombor pemilik tapak campsite

Kuala Krai sudah tersohor dan masyhur dengan Air Terjun Istana Sangkut, Lata Berangin, Lata Y, Lata Rek, Lata Awang dan lain-lain lata dan air terjun yang aku sendiri tidak tahu. Aku cuba tengok Google Maps dan aku ternampak satu campsite berdekatan dengan Istana Sangkut bernama Tapak Perkhemahan Pasir Raja. Aku zoom dan aku perhatikan, memang kawasannya cun betul-betul tepi sungai. Aku terfikir, ada pernah dengar ke tapak perkhemahan pasir raja ni? Ada dalam google maps tapi tak pernah mendapat liputan orang ramai lagi-lagi di media sosial.


Jadi, aku membuat keputusan. Tapak Perkhemahan Pasir Raja adalah sasaran seterusnya untuk camping. Mula mencari geng, siapa yang ingin ikut serta. Ya la, biar pun suka camping, setakat hari ini tiada lagi keberanian untuk aku solo camping. Seram yang amat. Bosan pun ada. Merenung langit dan bintang sorang-sorang. Lain la kalau kau boleh berkomunikasi dengan makhluk di sebalik alam yang nyata. 


Pada mulanya ada 3 orang yang ingin turut serta. Geng biasa. Matyi, Hatem dan Hazim. Tapi, last minit, 2 orang, Hatim dan Hazim tarik diri. Ada kelas katanya. Jadi, tinggal aku dengan Matyi. Tanya Matyi, dia okay je kalau nak camping berdua. Kalau okay, kira jadi. Jom, kita ke Tapak Perkhemahan Pasir Raja, Kuala Krai, Kelantan.


View yang tidak mengecewakan

Tapak Perkhemahan Pasir Raja ini boleh sampai dengan kereta biasa. Boleh terus parking di campsite. Jalannya pada awal adalah jalan yang sama hendak menuju ke Istana Sangkut. Kemudian, ada satu lorong di sebelah kanan betul-betul berhadapan dengan signboard Hutan Simpan Kekal yang berada di sebelah kiri. Masuk lorong tu dan akan sampai di campsite. Lorongnya kecil sahaja, cuma muat sebuah kenderaan dan jalannya adalah jalan tanah sahaja. 


Masuk sahaja lorang tersebut, akan ada pondok pengawal. Pondok pengawal itu adalah petanda ianya adalah pintu masuk utama ke campsite. Tapi, ketika kami sampai, tidak ada orang yang mengawal di pondok tersebut dan pondok tersebut nampaknya sudah lama terbiar. Mungkin disebabkan pandemik baru-baru ini, kawasan ini terbiar. Di pondok tersebut, ada terpapar nombor telefon pemilik campsite untuk dihubungi. Kami memutuskan untuk masuk terlebih dahulu memandangkan pondoknya tidak mempunyai pintu pagar.


Keadaan sungai di hadapan khemah


Bila sampai, nampaknya bukan kami sahaja yang ada. Sudah ada sebuah kereta kancil dan beberapa buah motosikal budak-budak muda yang lepak di bawah pokok. Nampaknya ini bukan tempat terpencil dan bukannya tempat yang tidak dikunjungi oleh orang lain. Rasa-rasa aku, orang kampung sekitar kawasan ini mesti tahu tempat ini. Menggunakan analisis seperti dipelajari daripada cerita Sherlock Holmes, aku yakin semua yang ada di situ ketika kami sampai adalah penduduk tempatan.


Aku turun dari kereta Matyi dan mula meninjau kawasan yang sesuai untuk memasang khemah. Aku tengok tidak ada seorang pun yang memasang khemah. Kami sampai di situ lebih kurang jam 3.30 petang. Ada pokok yang rendang dan di hadapan kami terhidang sebatang sungai yang jernih dan ditimbuni batu-batu sungai di tepinya. Tempatnya memang cantik dan memang sesuai untuk dipacak khemah. Cuma aku masih belum mencari port yang strategik.


Macam mana port yang strategik? Port yang strategik adalah port dengan view paling lawa, ada pokok untuk gantung hammock, dekat dengan sungai, dan selamat daripada bahaya sama ada dari atas atau dari tepi, belakang dan depan. Satu lagi ciri port yang strategik adalah akses untuk tempat membuang sisa kumuhan yang mudah. Jika perlu membuang pukul 2 atau 3 pagi, tidak ada kerisauan sekiranya ada tangan lain yang mencuci tempat keluarnya najis kita. Tangan ghaib. Rajin pula dia nak cuci berak kita.


Model import jauh 


Jumpa port yang sesuai, aku dan Matyi pacak khemah, gantung hammock. Kemudian apa lagi, terjun sungai la. Mandi air sungai. Sejuk tapi tidak sejuk tahap beku memandangkan kami berada bukannya tinggi sangat ke atas bukit. Air sungai yang kami mandi ini adalah air daripada sungai istana sangkut. Mungkin sudah ramai di atas sana yang membuang air kencing dan sampai kepada kami. Tapi tak apalah, kami bersangka baik dan pegangan kami kepada feqh air sangat kuat. Sedikit air kencing apatah sangat nak dibandingkan dengan banyaknya air sungai, lagi-lagi air sungai yang mengalir.




Buat yang mencari port untuk camping, port Tapak Perkhemahan Pasir Raja ini sangat aku syorkan. Lepas balik daripada camping, aku ada whatsapp nombor yang tertera di pondok pengawal hari tu. Aku bagitahu yang aku camping di tempatnya dan aku bertanya harga bayaran. Tuannya tanya pula aku berapa ramai yang camping. Aku bagitahu dalam 5 orang. Kemudian dia cakap, tak perlu bayarlah. Cuma nanti ajak la kawan-kawan atau saudara mara yang lain untuk datang camping dekat situ lagi. 


Dengan menggunakan analisis Sherlock Holmes sekali lagi, aku andaikan tempat tersebut pernah digunakan oleh sekolah untuk perkhemahan murid-murid sekolah. Campsite tersebut lengkap dengan tandas dan juga surau. Air sungainya juga cetek setakat lutut dan memang sesuai untuk dibuat perkhemahan kepada anak-anak sekolah. Jadi, jika ada cikgu-cikgu yang nak buat perkhemahan untuk program sekolah, aku syorkan masukkan campsite ini dalam list. Kemudian, datang tengok sesuai ke tidak. Mungkin disebabkan PKP baru-baru ini, owner campsite ini tak sempat nak kemaskan dengan baik.



Santai-santai minum kopi yuk

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.