Setahun di Perak, baru sempat jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar. Berbekalkan petrol RM 3 dalam tangki motor berjenama Honda, dapat juga jelajah 2-3 tempat di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga Lenggong.
Lata Perahu
Mengikut orang tempatan, dulu Lata Perahu dikenali dengan Lata Peghor. Ada sejarah berkait dengan Lata Perahu yang mana dikatakan air dari Lata Perahu ini akan mengalir masuk ke Sungai Temong. Temong pula nama besar dan orang penting dalam sejarah kesultanan negeri Perak. Namanya Tok Temong. Jangan ingat nama Lata Perahu disebabkan sini banyaknya perahu pula.
Tempatnya tak adalah besar sangat. Parkiran amat terhad. Dalam 200 meter nak sampai, jalan agak mencanak naik. Tapi Honda Wave boleh naik dan lulus dengan jayanya. Jangan risau, jalan diturap dengan baik. Bukan macam jalan lebuhraya Grik nak ke Jeli.
Ada gerai jual makanan dan juga laksa. Boleh makan laksa sambil menikmati pemandangan air sungai yang mengalir. Bunyi uggas-unggas hutan berkicauan mendamaikan lagi hati. Ada juga air terjun. Boleh mandi-manda di bawah air terjun yang deras mengalir. Segar dan nyaman!
Bayaran masuk RM 1. Ada diletakkan tabung dekat parkir. Siap tulis lagi bayaran adalah untuk mengurus prasarana di kawasan Lata Perahu. Tak perlu nak mengelat, cuma RM 1. Niatkan dengan ikhlas. Kalau banyak duit, bagi la lebih. Dia tak marah.
Matahari semakin tegak di atas kepala. Masa untuk beredar.
Ini mukadimah bila sampai di sini. Ikut jalan simen tu akan terus ke air terjun. |
Larangan menangkap ikan. Tapi dia silap eja pula. Jadi menagkap. Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ya dekat sini. |
Tabung yang disediakan untuk pengunjung bayar. Kalau tak nak jujur, bukan dia tahu pun kalau korang tak bayar. |
Masa aku pergi, airnya sungguh jernih. Dari jauh dah boleh rasa mesti airnya sejuk dan segar. |
Ini port di bahagian belah kiri. Terselindung sikit dari air terjun. Airnya boleh la dalam mencecah dada. |
Inilah air terjun lata perahu. Dikatakan airnya keramat. Tapi ingat, walau sejauh mana keramat pun air Lata Perahu, air zam-zam lagi keramat. |
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.