Skip to main content

BENGKEL TAHSIN AL-FATIHAH OLEH PPD KUK

 

Suasana dalam dewan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar

Pengalaman baharu. Tidak semua yang dapat. Hanya yang dipilih sahaja. Bila dipilih, ia akan menjadi terpilih.

"Mil, mesyuarat G9 memutuskan untuk demo pergi ke Bengkel Tahsin al-Fatihah hari Rabu ni." Ustaz Mizwan selaku PK Ko di sekolah memaklumkan kepada aku.

"Boleh Ustaz Wan. Dekat mana tu?" Dengar sahaja mesyuarat memutuskan, aku tak fikir panjang nak bagi jawapan. Terima sahaja. Adat bekerja dengan majikan. Nak bantah, nak komen, boleh komen sendiri dalam hati. 

"Dekat Masjid Ridzwaniah. Pukul 8 pagi hingga 2 petang." Jawab Ustaz Mizwan. Masjid Ridzwaniah terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Bersebelahan dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dikenali dengan MCKK.

Awal pagi lagi aku sampai di masjid ini dengan jentera Honda. Panel pula adalah Ustaz Samad dan juga Ustaz Quddus. Yang Ustaz Quddus cuma menyampaikan teori hukum tajwid. Bahagian klimaks dia adalah penyampaian oleh Ustaz Samad. 

Suara dan lagu taranumnya memang cukup baik. Dia lantunkan alunan Surah al-Fatihah dan sambil itu juga dia terangkan macam mana cara bacaan yang betul dan kebiasaan yang orang awam baca. Bila dia baca, kami para peserta diminta untuk mengikutinya.

"Huruf Sod tak perlu nak muncung bibir bila mana kita nak baca 'Ihdina siro...'. Huruf Sod tu sebutannya dari dalam. Bila kita sebut sampai muncungkan bibir, itu dah salah. Tak betul caranya." Terang Ustaz Samad.

Walaupun semua yang datang itu adalah guru-guru Pendidikan Islam dari seluruh sekolah di Kuala Kangsar, nampaknya mereka semua datang dengan hati yang ingin menimba ilmu. Ada yang berlatarbelakangkan imam tarawih, tapi mereka datang dengan penuh rendah diri untuk menuntut ilmu dari Ustaz Samad.

Moga-moga kami semua mendapat keberkatan daripada majlis ilmu ini. Insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.