Khairum sedang menemuduga calon |
“Mil, nak bagi lepas macam mana ni budak?” Tanya Amin usai sahaja Ujian Kemasukan Tingkatan Satu untuk SABK. Amin salah seorang antara guru yang dilantik sebagai panel temuduga peringkat sekolah.
“Sebab apa min? Budak tak jawab ke?” Tanya aku kehairanan.
“Tak boleh baca Quran langsung ni!” Jawab Amin tegas. Tangannya yang terletak atas meja digenggam erat. Geram.
Boleh membaca al-Quran adalah salah satu elemen yang diguna pakai dalam menilai kelayakan untuk masuk ke SABK. Kenapa? Sebab kurikulum yang dipakai di sekolah aliran SABK adalah kurikulum dini dan kurikulum dini subjek utamanya adalah subjek agama dan bahasa arab.
“Parah tu. Kalau demo tak bagi lepas, budak ni mesti akan pergi sekolah harian biasa Min.” Memang itu sahaja pilihan yang ada sekiranya ingin bersekolah di sekolah kerajaan.
“Emmm… ikut gaya, macam tu lah.” Suara Amin seakan pasrah. Matanya jauh merenung ke hadapan. Banyak benda yang difikir olehnya.
“Nanti sampai bila-bila la dia tak boleh baca Quran min? Allah hantar dia untuk demo tu. Nak bagi dia boleh baca Quran dengan demo.” Aku membuka persoalan. Tidak mahu sia-siakan perbualan dengan guru yang paling kuat bekerja di sekolah.
Boleh jadi, dengan sebab kita orang lain boleh baca al-Quran. Mana tahu, itu yang menjadi syafaat kita di akhirat nanti. Ilmu yang bermanfaat.
“Tapi, kita kena ikut standard ujian kemasukan ni Mil. Yang tak lulus takkan nak bagi lulus? Kawe pun kalau boleh nak bagi dia boleh baca Quran.” Amin dalam keadaan serba salah. Tangannya mengusap janggut sambil mendongak ke atas.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.