Skip to main content

PENGALAMAN TRAFIK JAMMED AIDILFITRI 2022

Sesungguhnya mengharungi jammed ketika musim perayaan itu adalah sesuatu yang benar dan ini adalah pengalaman pertama aku setelah 30 tahun bernafas di muka bumi ini.

Setelah hampir seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H atau tahun 2022 masihi, maka pada hari raya keenam aku telah mengambil keputusan untuk bermusafir ke Muadzam Shah, Pahang menghantar isteri dan anak. Kemudian, keesokan harinya, aku akan bertolak dari Muadzam Shah ke Sungai Siput, Perak.

Satu perjalanan yang jauh dan sememangnya perlu kepada perancangan dan disiplin masa yang tinggi. Lebih-lebih lagi bila perlu mengharungi jammed. Dan lebih-lebih lagi jika ada anak kecil turut ada bersama di dalam kereta.

Dari Kota Bharu, aku bertolak pada jam 9.45 pagi. Awalnya perjalanan sungguh lancar melainkan hampir 3 stesen minyak aku singgah kehabisan petrol ron 95. Akhirnya aku nekad untuk mengisi minyak ron 97. Nasib baik ketika itu minyak sudah hampir full, kira-kira dalam 2 bar sahaja untuk full. Itupun RM 60 juga. Kaya taukey minyak. Entah-entah stok minyak ron 97 stok yang tahun lepas punya.

Berpandukan google maps, aku meneruskan perjalanan. Perjalanan sungguh lancar biarpun banyak kereta di atas jalan raya. Dari Kota Bharu, Ketereh, Melor, Pasir Puteh dan Jerteh. Tiba di Pasir Puteh, sudah nampak bibit-bibit kereta mahu sangkut. Maps kemudian membawa aku mengikut jalan Jelor dan akhirnya tembus di bandar Pasir Puteh.

Lepas saja Pasir Puteh, masuk lorong masjid kayu di Jerteh, trafik mula jammed. Sudah. Memang tak boleh nak lari daripada jammed di atas jambatan sebelum bandar Jerteh. Kali ini, menjadi 2 lorong menghala ke Jerteh dan dari Jerteh nak ke Pasir Puteh cuma satu lorong. Alternatif yang baik dari pihak polis dengan menyusun kon sepanjang laluan di atas jambatan supaya kenderaan dapat berbaris dengan tersusun.

Lepas saja jambatan dan bandar Jerteh, aku terus mencari lorong-lorong kecil dengan masuk ke kawasan kampung untuk mengelakkan dari bersesak di jalan utama Jerteh menghala ke Jabi. Paparan google maps menunjukkan satu kesesakan yang tinggi dengan garisan merah pada jalan raya sepanjang Jerteh hingga ke Jabi.

Bila pusing-pusing jalan kampung, aliran trafik sangat lancar dan akhirnya aku membuat keputusan untuk ke LPT menerusi jalan pantai disebabkan paparan pada google maps menunjukkan jalan Setiu, Permaisuri juga sudah mula sesak. 90 peratus boleh katakan yang aku percaya pada paparan yang dipaparkan oleh google maps. Dan pada awalnya, jalan pantai iaitu Penarik ke Batu Rakit amat lancar dan cuma ada beberapa garis putih yang berwarna oren sebagai petunjuk jalan sederhana sesak.

Rupa-rupanya, bukan aku seorang sahaja yang menggunakan google maps. Ternyata jalan Penarik menuju Batu Rakit juga sesak. Dari warna oren telah bertukar menjadi merah. Sesak di bulatan untuk menuju ke Permaisuri dan kemudiannya sesak di bulatan di Wakaf Tengah. Aku terus saja mengikut google maps supaya mengikut jalan Kuala Nerus.

Aku melalui Pusat Agama Kuala Nerus dekat sebuah bulatan. Sungguh indah kawasan dan suasana di situ. Ini adalah kali pertama aku melaluinya. Lepas sahaja bulatan tersebut, aku sudah hampir untuk memasuki Lebuh Raya Pantai Timur atau masyhur dengan nama LPT. Sekitar jam 2.30 petang, aku melepasi tol Kuala Terengganu untuk meneruskan perjalanan menghala ke Gambang. Sasaran aku adalah untuk susur keluar di Gambang dan seterusnya mengambil jalan menghala ke Segamat.

Masuk sahaja LPT, trafik sangat lancar. Pada mulanya aku berhajat untuk stay di line kiri sahaja dengan kelajuan mungkin dalam 100-110 km/j. Namun ianya tidak menjadi kenyataan. Kereta di line kiri nampaknya lebih perlahan dari jangkaan aku. Terus sahaja aku memilih line kanan dengan kelajuan mencecah 120-150 km/j. 

Sepanjang perjalanan, banyak sahaja RnR tetapi terlalu ramai manusia yang berhenti menyebabkan hasrat aku untuk melepaskan hajat terbantut. Tambah pula anak kecil ketika itu sedang nyenyak tidur di pangkuan ibunya. Sudah berkali ibunya berpesan kepada aku supaya berhenti di RnR untuk menyalin pampers. Tapi, sampai sahaja di setiap RnR, banyak sangat kereta sehingga beratur di bahu jalan utama lebuh raya. Terus sahaja perjalanan sehingga terpaksa berhenti di RnR Kuantan. Masih berbaki 30 KM untuk susur keluar ke Gambang. 

Di RnR Kuantan, tiba masanya untuk melepaskan segala hajat. Anak kecil juga sudah bangun dan aku terpaksa mendukungknya untuk masuk melepaskan hajat bersama. Ini kerana aku sudah tidak mampu untuk menahan dan bersabar dengan menunggu ibunya yang terlebih dahulu masuk ke tandas. Nasib baik anak kecil ini senyap sahaja di dalam tandas. Bila aku buka pintu tandas untuk keluar, sudah panjang manusia-manusia keturunan Adam a.s beratur menunggu giliran.

Hampir pukul 5 aku susur keluar di exit Gambang. Meneruskan perjalanan ke Muadzam Shah. Sepanjang perjalanan ke Muadzam Shah juga lancar kecuali di simpang untuk ke Chini/Pekan. Dekat sini, trafik perlahan hampir 20 minit disebabkan lampu isyarat di simpang ini sengaja ditukar kepada mood berjaga. Cuma lampu berwarna kuning yang berkelip-kelip tanda amaran kepada pengguna jalan raya untuk peka dengan kenderaan dari mana-mana arah. Sekiranya selamat, boleh meneruskan perjalanan. Sekiranya perlu, berikan laluan kepada kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan. 

Akhirnya, pukul 6.15 petang, aku sampai di hadapan rumah di Muadzam Shah. Kali ini adalah satu rekod yang paling lama untuk sampai ke Muadzam Shah. Rekod sebelum ini cuma selama 7 jam dengan melalui jalan yang tidak ada tol. Itu semua pengalaman dan diselitkan di sini untuk tatapan aku di kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.