COVID-19 masih belum reda dan SOP masih lagi ketat diamalkan. Lebih-lebih lagi di kawasan dan bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti klinik, hospital itu sendiri.
SOP yang ketat ini terpakai juga ketika di Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2 di Kota Bharu. SOP untuk ibu yang nak bersalin dan terpakai untuk suami ataupun saudara mara ibu yang hendak bersalin.
1) Hanya ibu atau pesakit sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dewan bersalin. Selain ibu atau pesakit, kena berada di luar pintu.
2) Di luar pintu, disediakan 2 orang HA untuk membuat saringan COVID-19. Ada borang dan ada mesin pemeriksaan suhu. Dalam borang tersebut ada soalan-soalan yang akan ditanya oleh HA dan perlu dijawab. Jika sihat wal afiat, borang tersebut akan diserahkan kepada pengunjung / pesakit dan pastikan simpan baik-baik.
3) Pelawat tidak dibenarkan sama sekali melawat, menjenguk, meneman ibu yang sudah selamat bersalin. Bermakna, ibu yang dipindahkan dari labour room hingga masuk ke wad, tidak dibenarkan sama sekali untuk pengunjung melawat atau menemaninya.
Habis tu? Bila yang boleh melawat? Bila si ayah boleh mengumandangkan azan di telinga anaknya?
4) Pelawat sama ada ayah atau ibu atau suami boleh melawat si ibu yang bersalin tadi hanya ketika untuk penyerahan uri. Hanya sekali ini sahaja yang dibenarkan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk wad.
5) Pelawat dibenarkan masuk untuk mengambil uri dan pengawal keselamatan akan meminta borang saringan COVID-19 yang dibuat pada awal tadi. Itu adalah pentingnya borang saringan tadi. Simpan elok-elok.
6) Kalau si ayah nak ambil uri dan ingin melihat anaknya, pastikan bayi berada bersama dengan ibu ketika si ayah masuk ke wad. Jika tidak, memang tak ada jodoh si ayah nak berjumpa dengan si anak. Kadang-kadang, ada anak yang ditahan di wad. Jadi, memang tak ada peluang si ayah nak berjumpa dengan anak.
7) Ketika masuk ambil uri, nanti ada nurse akan panggil untuk sign borang. Borang terima uri yang diserahkan oleh pihak hospital kepada pewaris.
Lepas tu? Bila lagi boleh tengok isteri dalam wad?
8) Tak ada lepas tu dah. Kali kedua boleh tengok bila nak ambil isteri untuk discharge. Itu sahaja.
Habis? Nak hantar barang? Barang yang isteri kirim? Nak hantar nasi lauk ikan selar bakar?
9) Untuk menghantar barang, cuma tinggalkan barang di meja yang disediakan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk ke wad. Di situ, perlu tulis nama isteri, wad dan no.katil di atas kertas. Nanti kertas tu akan distaplerkan di barangan yang hendak dikirim kepada isteri. Kemudian, ada masa yang tertentu, nurse dari wad yang berkenaan akan datang untuk mengambil barang kiriman.
10) Untuk yang kerja goverment, jika tak bawa awal surat GL tak mengapa. Nanti pergi dekat kaunter hasil, bagitahu nak jana GL. Kalau isteri kerja goverment, bagitahu sahaja nombor kad pengenalan isteri, nanti dia akan print dan cop pegawai tersebut. Percuma sahaja.
Setakat sahaja. Untuk SOP seperti pakai face mask atau pelitup muka, penjarakan 1 meter, rasanya itu sudah diketahui. Benda asas. Untuk ayah-ayah yang bakal menimang cahaya mata di zaman COVID-19, harap bersedia dengan SOP. Kalau tahu, sekurang-kurangnya sudah bersedia. Kan?
bagus entri ni.. ramai yg kadang2 bt tak faham bahasa. adududu
ReplyDelete