“Guana demo tengok saja? Tolong la kawe ni. Tolong pegang indoor ni, kawe nak buat masuk cooling coil.”
Rahim meminta pertolongan.
Selesai masuk cooling coil. Kemudian aku ambil alih untuk pasang semula indoor. Semuanya berjaya dipasang dengan baik.
Rasa puas hati. Puas hati dengan diri sendiri.
“Hing, cuba tengok, betul ke kawe pasang ni?”
“Tak ada skru lebih, kira betul dah tu,” acuh tak acuh Rahim menjawab. Mungkin panas terik matahari mengubah mood Rahim.
“Skru lebih tak ada Hing. Ngam-ngam cukup.”
“Kalau gitu, demo pasang balik la sebelah dalam tu. Kawe tunggu sebelah luar. Buat sama macam tadi.”
Aku masuk ke dalam rumah. Ikut step tadi. Masukkan paip air dan paip aircond ke dalam lubang dan pastikan sangkut indoor atas tapak holder dengan baik.
“Sangkut body indoor atas tapak dia kalau rasa lenguh. Selamat dari jatuh terhempas,” pesan Rahim dari luar.
Di sebelah luar, rahim menyambung paip aircond dengan outdoor. Kemudian dilepaskan gas aircond dari outdoor supaya gas akan mengalir membentuk kitaran melalui indoor sebelum kembali semula ke outdoor.
Semasa nak cabut tadi pun sama, Rahim akan kunci gas aircond dari compressor supaya gas tidak keluar, baru boleh cabut penyambungan paip antara indoor dan outdoor.
“Tak tambah gas aircond ke Hing?”
“Tak tambah. Gas ada lagi. Biasanya kalau ada kebocoran baru gas akan kurang. Tak ada bocor, gas tak kurang.”
“Mil, on suis aircond. Nak test sejuk ke tidak.”
Suis aircond dipasang. 2-3 minit kemudian, kipas outdoor berpusing dan mengeluarkan bunyi.
“Hing, nak cam macam mana aircond tu sejuk?” Lagi soalan aku tanya kepada Rahim,
“Malas nak jawab sebenarnya soalan demo. Soalan tinggi terlajak. Demo duk dalam bilik tu. Kalau demo rasa sejuk, aircond tu sejuk la.” Rahim menjawab tapi dengan sedikit unsur perli; soalan tinggi terlajak.
Logiknya memang betul jawapan Rahim. Tapi aku sebenarnya mahukan jawapan yang lain.
“Kalau sejuk, biasanya kita boleh tengok ada air menitik keluar dari saluran air buang ni. Kalau ada air menitik, itu bermakna aircond berfungsi dengan baik. Aircond sedang menghembuskan udara sejuk.” Rahim seakan faham soalan sebenar aku. Mencari petanda lain menunjukkan aircond berfungsi dengan baik untuk menyejukkan bilik.
Aku mendepakan tangan di hadapan aircond, menghayati dan menikmati rasa dihembus angin sejuk yang lalu menerpa wajah. Nikmat betul rasa sejuk selepas berpanas di luar disiram cahaya matahari. Rasa nyaman. Rasa mengantuk.
Terasa fresh angin yang keluar dari aircond ni. Mungkin sebab sudah dibasuh dan semuanya cuci bersih. Rasa fresh, bau juga fresh.
“Mil, mari sini,” Rahim memanggil aku. Aku bergegas keluar menuju ke arah Rahim.
“Ada apa tu Bos Hing?”
“Ni ada sikit lagi, kena tampal lubang dekat dinding. Tak nak bagi serangga atau binatang masuk.”
Lubang itu adalah lubang yang menghubungkan paip aircond antara indoor dan outdoor dan terpaksa dipecahkan semasa hendak menurunkan aircond tadi.
“Nak tampal dengan apa? Simen ke?”
“Dekat bawah tangga tu ada Fila. Ambil dan tampal. Dia cepat kering. Buat la macam mana, asalkan nampak kemas dan lubang-lubang kecil tu tertutup.” Jari Rahim menunjuk ke arah Fila yang berada di bucu tangga.
Fila ni sejenis benda yang likat dan pekat berwarna putih. Nama komersilnya adalah putty filler dan bila dikelantankan menjadi Fila. Berada dalam keadaan siap untuk diguna di dalam bekas plastik dan ada dijual di kedai hardware. Untuk menampal dinding memang sesuai sekiranya mahu kerja cepat berbanding simen yang kena bancuh dengan air. Ianya juga cepat mengeras.
“Okay Hing, kawe cuba.”
Rahim memerhatikan aku menampal dinding dengan Fila. Postur badannya ketika itu seakan gaya bos memerhatikan anak buahnya membuat kerja. Sebelah tangan mencekak pinggang dan kepalanya mendongak ke atas. Sebelah tangan lagi menutup mata yang silau dibias cahaya matahari.
“Hebat demo Mil. Tangan ada seni. Nampak comel demo tampal.” Rahim memuji aku.
“Pandai demo Hing puji kawe. Tapi taktik ni kawe dah tahu. Kerja tak comel mana, tapi puji lebih-lebih.”
“Sungguh Mil. Boleh la. Kali pertama buat. Okay dah tu.”
“Boleh simpan dah Mil barang-barang. Nak balik dah.”
Tangga di dalam bilik aku simpan dan letak semula di atas bumbung kereta Rahim. Cordless, waterjet, pemutar skru, spanar, alat flaring semua aku simpan dan letak berdekatan kereta Rahim.
Barang-barang tersebut akan disimpan sendiri oleh Rahim ke dalam kereta. Kalau aku nak simpan dalam kereta sekalipun, Rahim akan menegah dan melarang aku.
“Tak payah buat la. Biar kawe sendiri susun. Nanti mudah kawe nak cari barang-barang. Kalau orang lain susun, tak sama posisi barang yang disusun dengan yang kawe susun.”
“Lepas tu Hing? Kawe ni? Boleh balik la?”
“Ya. Boleh balik dah.”
“Suka Hing kerja macam ni. Pukul 9 masuk kerja, pukul 2 boleh balik dah.”
“Balik balik la… cakap banyak pula.”
Suis jentera H aku pusing ke arah kanan dan simbol N di papan meter menyala berwarna hijau. Sekali tekan butang, enjin hidup dan bunyinya menderam sama dengan teknologi ‘push to start’ yang ada pada Honda Jazz.
“Beres Hing, kawe balik dulu.”
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.