Skip to main content

DIARI PKP : PART 6 - BERAPA HARGA SERVIS AIRCOND?


Aku bertanya kepada Rahim, berapa harga yang dia kenakan untuk servis dan pemasangan penyaman udara. Aku juga ada tanya berapa caj yang dikenakan untuk kerja-kerja wiring.

Bila dengar jawapan Rahim, aku termenung. Mataku merenung siling. Hati aku bertanya sendiri, ‘Tak mahal ke harga tu?’


Lama tunggu. Senyap. Tak ada jawapan dari hati.

“Hing, tak terik ke harga demo kenakan untuk buat kerja servis aircond?” Aku menanyakan kepada Rahim.

‘Terik’ adalah istilah yang selalu digunakan dalam loghat Kelantan untuk menggambarkan sesuatu benda itu mencapai hadnya yang tertinggi. Terik. Tegang. Kalau berkenaan harga; ‘teriknya harga’ membawa maksud, ‘mahalnya harga’.

“Kalau demo? Demo rasa terik ke harga tu?” Rahim menanyakan aku kembali.

“Tak tahu juga Hing. Macam terik. Tapi kawe tak biasa dalam bidang ni. Apa benchmark demo dalam menetapkan harga dalam bidang ni, kawe tak tahu.”

“Benchmark ya? Hmmm…” Rahim berfikir sendiri.

“Kawe sebenarnya ikut harga orang lama. Orang lama adalah orang-orang yang lama dalam kerja ni. Kawe ikut harga sama dengan harga mereka. Jadi kira harga standard. Tak mahal dan tak murah. Lepas tu kawe ada jaminan pula untuk beberapa bulan selepas pasang atau servis aircond. Orang lain ada yang tak buat jaminan.”

“Kenapa nak kena ikut harga mereka?”

“Kita dalam bidang ni, circle dia dalam Kelantan lagi-lagi Pasir Mas ni tak ramai. Kita boleh kenal. Kalau kawe main harga, contohnya letak harga murah dari orang lama, mesti ramai yang nak buat servis dengan kawe.” Sekali sekala, tangan Rahim bergerak mengikut rentak gaya semacam orang tengah berpidato. Mungkin ianya gerakan spontan.

“Ooo… molek la kalau macam tu. Demo cepat kaya.” Aku menyampuk.

“Tak molek. Bila macam tu, tak selesa la kawe kalau-kalau terserempak dengan orang lama. Mesti sampai kepada pengetahuan mereka berapa kadar harga yang kawe letak untuk servis kawe.”

“Kira kalau demo letak harga murah, kira demo cantas harga la? Nanti ramai orang cari demo. Begitu?”

“Ya, begitulah. Dan biasanya tak lama kalau orang cantas harga, kejap je dah tersebar dalam circle orang kerja wiring dan aircond.”

“Tapi, kita negara demokrasi. Boleh letak berapa rate harga yang kita suka.”

“Betul. Boleh letak harga kita sendiri. Nak murah atau nak mahal. Kalau letak murah, memang banyak job masuk, banyak boleh duit. Tapi tak seronok bila dalam masa yang sama ada orang yang tak senang dengan kita. Lagi-lagi orang lama.”

“Demo takut ke dengan orang lama Hing?”

“Bukan takut. Kawe hormat. Sebelum kawe pandai, kawe banyak rujuk mereka. Bila dah pandai, nak cantas mencantas. Tak baik macam tu.” Mendatar suara Rahim.

“Bagus demo Hing. Hati demo suci dan bersih.” Aku memuji Rahim. Satu pujian yang bukan dibuat-dibuat. Aku kagum dengan Rahim. Ada ciri-ciri seorang wali.

“Kalau orang nak harga murah juga Hing?” Lagi soalan aku tanya kepada Rahim.

“Kalau orang nak harga murah juga boleh, tapi kena buat kerja bukan ikut standard dia la.”

“Contohnya Hing?”

“Contohnya kalau pasang aircond, ikut manual guna wayar saiz 2.5mm. Tapi kalau customer request nak murah lagi, kita cakap boleh, tapi kena guna wayar saiz kecil macam 1.5mm. Tapi, kawe cakap terus kepada tuan rumah, akan ada risiko aircond akan trip sebab wayar tak mampu tanggung beban penggunaan aircond. Kalau customer setuju juga, kawe buat la. Itu salah satu contoh.”

“Ooo…,” aku mengeluarkan bunyi dan sekadar mengangguk. Tanda bahawa aku masih lagi mendengar apa yang diberitahu oleh Rahim.

“Sebab tu pernah kawe jumpa dengan orang yang buat harga murah pasang aircond. Dia buat tak ikut spec, tapi dia tak bagitahu tuan rumah. Bagi kawe, benda tak patut sebab dia buat tak ikut spec yang sepatutnya, lepas tu tanpa pengetahuan tuan rumah.”

“Jadi, kalau orang cakap harga demo mahal juga Hing?”

“Tu terpulang kepada mereka. Demo sendiri bagitahu ini adalah negara demokrasi. Biasanya kawe masuk harga siap-siap sebelum buat kerja. Kawe explain harga ni, macam ni, sebab guna barang ni. Harga ni macam ni, sebab bendanya macam ni. Lepas tu, kalau dia setuju, kira jalan. Kalau dia cakap nak fikir dulu, nak banding harga dulu, kita juga setuju. Terpulang kepada orang tu.”

“Hing, panjang syarah bab harga servis hari ni. Rasa ilmiah pula. Demo nampak semangat kalau cerita bab aircond.”

Rahim menjeling aku. Tajam betul.

“Sebenarnya demo tanya soalan bab aircond ni nak main angin kawe ke?” Suara Rahim serius. Mata Rahim masih lagi tajam merenung ke arah aku.

Kemudian Rahim berkata, “Ikut lah main angin ke tidak, esok masuk kerja tu.Tukar kipas dan lampu. Nanti kawe mari ambil demo dalam pukul 9.”

***

Orang Kelantan nak pasang atau servis aircond, boleh whatsapp 0139535670

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci