Skip to main content

AYAH SUDAH PERGI

Tempat di mana ayah ditanam

Jumaat, 2 Julai 2021. Usai azan Zohor, ‘Ayah’ (datuk) telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi meninggalkan dunia untuk menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Menghidup dan Maha Mematikan.

Hari yang baik dan hari yang penuh berkat ayah meninggalkan dunia. Dunia fana, dunia penuh tipu. Moga-moga roh ayah diampuni dan dirahmati oleh Allah.
Ayah adalah panggilan kepada datuk aku yang sebelah ibu.
Sudah seminggu ayah terlantar di atas katil. Tiada kudrat dan tiada upaya untuk bergerak. Jika tidak dipimpin, tidak dipapah, maka ayah akan lesu di pembaringan.
Dua tiga hari sebelum Ayah pergi, Ayah sudah tenat. Tutur suaranya sudah tidak jelas kedengaran. Malam itu, anak mata hitam ayah terangkat dan cuma nampak mata putih di bawah kelopak mata.
Adakah masanya sudah tiba untuk Ayah pergi meninggalkan kami?
Umur Ayah masih tersisa. Bukan lagi masanya untuk malaikat maut mencabut nyawa, melepaskan roh dari jasad.
Keesokan harinya, Ayah nampak semakin baik. Mampu bertutur walaupun tidak jelas butir bicaranya. Aku pergi melawat Ayah. Sempat juga aku melawat Ayah sebelum ayah pergi buat selamanya.
Ketika itu Ayah sudah tidak larat bergerak. Tidak mampu untuk mengurus diri sendiri.
Percakapn Ayah hanya mengeluarkan bisikan angin. Seakan berbisik. Tidak larat untuk mengeluarkan suara.
Giginya sudah habis jatuh. Ayah sudah tua.
Semasa aku sampai, terus aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Ayah.
“Siapa ni?” Ayah bertanya. Suaranya lemah.
“Ayah, Jamil ni,” aku memberitahu.
“Anak siapa?”
“Anak Derus.”
“Duk mana lani.”
“Duk Pasir Mas.”
“Kerja mana?”
“Kerja pasir mas juga.”
“Kerja sekali dengan anak Ani la?”
“Ya. Anak Ani dah ni.”
Ayah ingat siapa Jamil, tetapi seolah-olah tidak mengenali siapa aku yang berada di hadapannya itu.
Mungkin wajah aku nampak lain dan penampilan juga mungkin lain. Minda Ayah juga sudah letih untuk menafsir.
Aku usap tangan Ayah. Aku gosok lengannya. Tidak lama kemudian Ayah menggerakkan tangannya.
“Tak yah gosok.” Mungkin Ayah tak selesa ketika aku menggosok lengannya.
Sebentar kemudian, Ayah memberitahu pahanya gatal.
“Garu.” Sambil paha sebelah kanannya bergerak sebagai isyarat tempat gatal.
Aku mengambil sabut halus yang memang dikhaskan untuk menggaru gatal Ayah. Aku garu perlahan. Kemudian, Ayah minta aku berhenti. Gatalnya sudah hilang.
Kemudian Ayah lena. Lena dalam keletihan. Tubuh Ayah sudah kurus. Tiada lagi isi pejal yang membalut tulang. Kulitnya nampak berkedut. Sungguh lain dengan ayah pada 20 tahun yang lalu.
Sebelum aku pulang, sempat aku mengangkat Ayah. Aku pangku Ayah di bahagian paha untuk menukar cadar tempat tidur Ayah. Itulah kali terakhir aku menyentuh Ayah.
‘Tua pasti datang. Entah sempat entah tidak.’ Hati aku bermuhasabah. Seolah-olah mereka berbicara sama sendiri.
‘Mati itu juga pasti. Sampai bila mahu ketawa di dunia?’
Damailah Ayah. Moga syurga buatmu.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci