Skip to main content

USTAZ NADIR VS USTAZ EBIT LEW

Kecoh dan hangat isu antara saudara Nadir dan juga saudara Ebit Lew. Bilamana antara dua orang yang popular mencetuskan satu isu, isu tersebut turut popular dengan lajunya oleh para pengikut dan para pentaksub yang mensensasikan lagi isu berkenaan.

Semakin ramai pentaasub, semakin ramai yang cuba menjadi pengulas kepada sesuatu isu. Ada pandangan masing-masing yang mana pandangan tersebut ingin dikongsi pula dengan orang ramai. Dekat mana? Dekat segala macam media sosial yang ada. Di mana ada orang berkumpul, di situlah dia ingin melontarkan pandangan dan ulasannya. Kemudian, ramai tertarik untuk memberi komentar terhadap pandangan yang didepankan kepada umum. Kenapa?


Tak tahu. Barangkali lumrah manusia itu ingin suara dan pandangannya didengari oleh orang lain. Mungkin boleh diterjemahkan sebagai inginkan perhatian atau seeking attention. Salah ke? Tak salah. Manusia bebas untuk memberi pandangan. Batasnya jangan sampai pandangannya mencaci maki dan menghina orang lain.


Isunya adalah tentang ketelusan sesebuah NGO dalam menguruskan dana yang diperolehi oleh orang awam. Bermula isu ini adalah apabila saudara Ebit Lew pergi ke Gaza untuk menyampaikan dana kepada penduduk di sana. Kemudian, saudara Nadir yang sudah lama menetap di sana atau mungkin boleh dijolok dengan gelaran otai Malaysia di Gaza tidak langsung dihubungi oleh team saudara Ebit Lew ketika sampai di sana. Hulurkan tangan untuk bersalam pun tidak. Bahkan bodyguard Saudara Ebit Lew siap datang berbisik dekat saudara Nadir supaya jangan ambil gambar dan jangan buat rakaman live. Ini dakwaan saudara Nadir yang siap dengan bukti video.


Sangkaan saudara Nadir, mungkin saudara Ebit Lew terasa hati sebab saudara Nadir cakap, hanya wali sahaja yang dapat masuk ke Gaza ketika itu memandangkan Gaza baru sahaja lepas berperang dengan Israel dan birokrasi untuk masuk ke sana sangat susah. Katanya itu cuma perumpamaan yang ingin menunjukkan betapa sukarnya untuk memasuki Gaza ketika itu.


Ahhh... panjang pula nak ulas. Berbalik kepada permulaan isu ini semula. Isu ini tercetus mula-mula sekali disebabkan pendedahan oleh saudara Caprice. Katanya saudara Ebit Lew telah memalukan nama Malaysia kerana meminta anak-anak Gaza posing dengan pelbagai gaya ketika team mereka menghulurkan bantuan untuk dibuat marketing meminta derma. Perbuatan ini mengundang perasaan tidak selesa terhadap penduduk gaza. Selain itu, ada isu bayar mahal kepada agen travel untuk membawa masuk team saudara Ebit ke Gaza. Melancong di Mesir ketika menunggu kelulusan untuk masuk ke Gaza tanpa ada apa-apa kemaskini di media sosial sehingga netizen tertanya-tanya apa status saudara Ebit Lew. Isu bagaimana bahan bantuan yang dibeli di Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza. Tersadai dan membazir di sempadan atau dapat dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza? 


Hinggalah semalam, akhirnya saudara Nadir buat live sesi pembentangan audit duit keluar masuk dalam NGO mereka dan para netizen meminta NGO lain mencontohi perbuatannya untuk menunjukkan sesebuah NGO itu telus dalam menguruskan dana derma dari orang awam. Sementara itu, saudara Ebit Lew terus menafikan dakwaan yang dilontarkan oleh saudara Nadir kepada beliau. Kata beliau, semua itu adalah fitnah dan tidak benar. Semua perbelanjaan yang digunakan adalah dari poket sendiri dan juga dari derma golongan hartawan kenalan beliau.


Datang pula orang lain yang menimbulkan tanda tanya, habis tu buat apa kutip derma orang ramai jika menggunakan duit sendiri? Kemana perginya duit yang didermakan oleh orang ramai? Ramai pula pentaksub yang sebelah sini meminta saudara Ebit Lew buat live pembentangan audit macam yang saudara Nadir buat.


Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, isu ini bermula dengan saudara Caprice. Katanya nak buat live untuk pendedahan tentang saudara Ebit Lew ke Gaza pada hari sekian dan masa sekian, tapi bila tiba masa yang ditetapkan, katanya tidak boleh buat live sebab ada orang buat report polis. Habis tu? Pada mula-mula kenapa tak dedahkan terus? Bagi hint itu, bagi hint ini. Nak tunggu orang report polis baru nak dedahkan? Sudahnya saudara Nadir pula yang kena sambung kerja dia.


Ada baik ke isu ini? Kalau direnung memang ada baiknya; NGO perlu telus dalam membelanjakan wang yang diperolehinya dan ROS pun ada mengeluarkan kenyataan mengatakan NGO wajib mengisytiharkan audit duit keluar masuk untuk pertubuhan mereka. Ada buruk ke? Ada juga buruknya; para netizen tidak habis bergaduh di dalam media sosial. Caci-mencaci, keji-mengeji, hina-menghina dalam segenap ruang di media sosial. Ini yang paling membimbangkan. Akhlak keji yang boleh menjadikan manusia jatuh ke lembah yang paling hina. Moga Allah jauhkan kita dari sikap buruk seumpama ini.


Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci