Skip to main content

REVIEW BUKU : BUMI MANUSIA KARYA PRAMOEDYA ANANTA TOER

kulit buku pun dah klasik


Bagi yang sudah habis baca segala kitab agama dan buku-buku yang berada di rak buku di ruang tamu rumah tu, boleh cuba tengok atau cuba baca buku karya Pramoedya Ananta Toer ni yang berjudul Bumi Manusia.

Watak utamanya bernama Minke, lelaki jawa yang sudah jatuh cinta pada Annelies yang merupakan anak kepada gundik Nyai Ontosoroh, gundik milik Tuan Mellerma yang berbangsa Belanda. Orang kata gundik ini sekadar untuk bersedap-sedap tanpa melalui jalan perkahwinan yang sah. Macam perempuan simpanan gitu. Minke ini pula adalah lelaki jawa tulen yang berketurunan darah pembesar.

Cerita ini tak sama dengan cerita Laksamana Sunan ataupun Tombiruo karya Ramlee Awang Mursyid. Cerita ini berlaku ketika zaman Belanda menjajah Indonesia. Kalau sesiapa yang gagal mata pelajaran sejarah, mungkin berada dalam keadaan samar-samar. Tertanya-tanya siapa itu Belanda, apa itu Indonesia. Kalau peminat Arsenal, mereka cuma tahu yang Belanda itu adalah Dennis Bergkamp, tak pun Robin Van Persie.

Bila baca buku ni, secara tak langsung aku tahu yang ketika Belanda menjajah Indonesia, mereka membahagikan masyarakat mengikut kelas-kelas tertentu. Macam cerita Snowpiercer pun ada. Kelas kayangan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Eh, macam nak sama juga dengan kelas T20, M40 dan B40. Eh eh. Sama tapi tak serupa tu.

Buku ini bercerita bagaimana kerenah masyarakat yang hidup dalam pengkelasan yang sebegitu. Hingga akhirnya ada seorang Pribumi yang bangkit untuk memperjuangkan haknya sekaligus memperjuangkan hak bangsanya. Bercerita tentang sebuah perjuangan seorang anak muda menegakkan hak-hak manusia. Ahh. Penuh bersemangat penulis buku ini menggambarkannya. Persis semangatnya rakyat Malaysia yang sama-sama berjuang dalam PN mahupun PH untuk meletak calon pilihan mereka sebagai Perdana Menteri.

Pribumi ini bangkit disebabkan cintanya yang dianiaya oleh undang-undang Belanda. Perkahwinannya dinilai tidak sah di sisi undang-undang Belanda. Mertuanya pula dinilai bukan ibu kepada isterinya. Bahkan lebih berat adalah isterinya terpaksa dihantar ke negara Belanda atas nama hak penjagaan. Dia? Dilarang sama sekali untuk ikut serta. Kalau yang baru kahwin mesti panas baca bahagian ni. Baru je kahwin dah kena berpisah. Hmmm. PJJ la tu.

Pada akhir buku ini, Minke dan Nyai Ontosoroh hanya mampu melihat sahaja Annelies dibawa pergi dengan kereta kuda. Menuju ke pelabuhan untuk berlayar ke Belanda. Sedih dan hiba bila isteri dan anak dibawa pergi di depan mata sendiri. Diri terkulai tidak berdaya melawan kerana dihalang oleh askar-askar kerajaan.

“Kita telah kalah ma”, ucap Minke.

“Belum! Kita akan berjuang untuk mendapatkan Annelies dan perjuangan kita akan bersambung dalam buku yang seterusnya, Minke.”

Selamat membaca.

Malas baca? Boleh cari movie yang baru saja ditayangkan tahun lepas kalau tak silap. Tapi, tak padat macam baca buku la.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.