Berakhir tahun 2014 dengan tragedi yang menimpa negeri Kelantan. Negeri yang mana tempat kelahiran aku. Moga mangsa - mangsa tragedi banjir dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian. Tanda orang - orang yang beriman ialah apabila mereka diuji oleh Allah mereka mengucap "Inna Lillahi Wainna Ilai Roji'un.." Semuanya datang daripada Allah, jangan keji jangan cela apa yang hujan turun, apa yang air sungai melimpah. Insafi diri, cari hikmah, insyaAllah semuanya selamat.
So, cakap memang sedap kan? Sebab tak kena dekat diri sendiri. Boleh la cakap sabar, tabah, bawa bertenang. Kau tak rasa, tak tahula macam mana!!
Alhamdulillah, aku yang menetap di Kelantan adalah salah seorang daripada rakyat yang terselamat daripada tragedi banjir 2014. Walaupun ada dua tiga kampung sebelah yang ditimpa bencana ini, da terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, namun kampung aku terselamat daripadanya. Betul, aku bukan mangsa banjir, dan aku tak tahu apa yang mereka rasa. Tapi, aku mencuba untuk selaminya.
Aku cuba untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh. Semalam aku mengikuti rakan - rakan aku untuk mengagih bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kuala Krai. Aku terpana. Melihat suasana yang begitu menyedihkan. Rumah banyak yang roboh, senget, tidak bertiang. Selut - selut merah masih lagi kebasahan. Kelihatan ramai kanak - kanak yang masih tidak lagi berbaju. Mungkin pakaianya masih lagi basah dan hanyir dengan bau lumpur.
Apabila kenderaan kami berhenti di tepi jalan berhenti untuk mengagihkan makanan. Ramai yang datang berkerumun. Kanak - kanak yang paling kedepan sampai kepada kami. Riak mukanya jelas menunjukkan keadaan perut yang meminta untuk diisi. "Bang, maggi ada bang? Bagi la bang maggi. Satu pun jadi la.". Suara mereka menagih simpati dan bantuan yang dibawa oleh kami.
Tahun baru 2015 seakan tidak bermakna buat mereka. Bagaimana dengan pakaian sekolah mereka? Bagaimana dengan duit simpanan untuk buat bayar yuran mereka? Bagaimana dengan pampers anak - anak kecil yang setiap masa perlu diatas dukugan ibu mereka? Semuanya beban dan masalah yang perlu difikirkan oleh ibu bapa mereka. Bila difikirkan sekiranya kita berada di tempat mereka, kita pun turut rasa yang kita tak mampu untuk memikul musibah ini. Tapi, semuanya adalah perancangan Allah. Siapa tahu?
===========
**Di kesempatan ini, nak mengucapkan terima kasih kepada kakak Hani Suryani pemilik blog Hazamie Souq atas hadiah GA yang selamat aku terima sejurus sebelum banjir hari itu.
Dan, terima kasih juga kepada kakak Deanna Momi, pemilik blog Kameq Deanna atas hadiah GA anjurannya. Dapat topup RM 10. Tahan la 2 minggu tu. Hehe.
So, cakap memang sedap kan? Sebab tak kena dekat diri sendiri. Boleh la cakap sabar, tabah, bawa bertenang. Kau tak rasa, tak tahula macam mana!!
Alhamdulillah, aku yang menetap di Kelantan adalah salah seorang daripada rakyat yang terselamat daripada tragedi banjir 2014. Walaupun ada dua tiga kampung sebelah yang ditimpa bencana ini, da terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, namun kampung aku terselamat daripadanya. Betul, aku bukan mangsa banjir, dan aku tak tahu apa yang mereka rasa. Tapi, aku mencuba untuk selaminya.
Aku cuba untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh. Semalam aku mengikuti rakan - rakan aku untuk mengagih bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kuala Krai. Aku terpana. Melihat suasana yang begitu menyedihkan. Rumah banyak yang roboh, senget, tidak bertiang. Selut - selut merah masih lagi kebasahan. Kelihatan ramai kanak - kanak yang masih tidak lagi berbaju. Mungkin pakaianya masih lagi basah dan hanyir dengan bau lumpur.
Kemusnahan yang sempat disnap semasa perjalanan di K.Krai. |
Apabila kenderaan kami berhenti di tepi jalan berhenti untuk mengagihkan makanan. Ramai yang datang berkerumun. Kanak - kanak yang paling kedepan sampai kepada kami. Riak mukanya jelas menunjukkan keadaan perut yang meminta untuk diisi. "Bang, maggi ada bang? Bagi la bang maggi. Satu pun jadi la.". Suara mereka menagih simpati dan bantuan yang dibawa oleh kami.
Tiangnya sudah tiada. Salah sebuah rumah yang dibawa arus deras air banjir. |
===========
**Di kesempatan ini, nak mengucapkan terima kasih kepada kakak Hani Suryani pemilik blog Hazamie Souq atas hadiah GA yang selamat aku terima sejurus sebelum banjir hari itu.
Dan, terima kasih juga kepada kakak Deanna Momi, pemilik blog Kameq Deanna atas hadiah GA anjurannya. Dapat topup RM 10. Tahan la 2 minggu tu. Hehe.
Mungkin ada hikmah atas apa yg trjadi.
ReplyDeletekesian sgt akak tgk keadaan diorg.. mmg sedih..
ReplyDeletesayu bila tengok keadaan yang menimpa mangsa banjir ni Pantai Timur ni...
ReplyDeletesedih bila tgk rumah dihanyutkan air.. bertabah la mangsa banjir. pertolongan dr utara in shaa allah smpai dlm minggu ni. semoga brg2 yg didermakan slmt smpai
ReplyDeleteassalamualaikum HJ....selamat tahun baru 2015...moga di tahun ini kita semua akan beroleh lebih keberkatannya...:)
ReplyDelete