Skip to main content

keluarga harmoni

susah sangat nak buat pendahuluan untuk entry kan..? jadi aku tinggalkan bahagian kata kata aluan.. tak pandai nak buat. korang ada cadangan skema pendahuluan boleh share dengan aku..haha

sesiapa yang inginkan pahala daripada Allah sememangnya tidak susah. cuma perlukan sedikit keinginan dan ditambah dengan usaha yang secukupnya.siapa kata susah untuk masuk syurga kan..?tapi tak susah pun nak masuk  neraka..

betapa besarnya ganjaran yang Allah anugerahkan untuk umat Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w ada bersabda : "Barangsia solat isya' berjemaah maka seolah olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat subuh berjemaah maka seolah olah dia telah solat seluruh malamnya." (HR. Muslim no. 656)

alangkah indahnya jika sebuah keluarga itu sentiasa menghidupkan solat jemaah. tidak setakat mengkhususkan waktu subuh dan isya' sahaja. mewujudkan suasana yang bahagia. suasana yangt mustahil jika tiada kesedaran dari pihak lelaki.. pihak lelaki sebagai suami ibarat playmaker untuk sesebuah keluarga yang harmoni.kan..??

**internet buat problem. terganggu emosi nak BW

Comments

  1. tgk komen atas ni, tetiba teringat, mak sy ckp, kalau suami pergi sembahyang berjamaah di masjid, isteri pun dapat pahala, itu xpasti....HJ mungkin lebih arif

    ReplyDelete
  2. Memang dik, tu lah yg patut dicari oleh isteri2 skrg, kalau suami x nak ke surau ajaklah berjemaah dgn kita, sama2 dpt pahala tuuu yg nak dicari

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.J...sama2lah menjaga solat tu dan kalau berjemaah lg lah best semuanya dpt pahala...:)

    ReplyDelete
  4. hurm hurm.
    agreed.

    nanti wa nak kawen ngan laki yg buleh bimbing keluarga yg bakal wa bina
    dengan solat berjemaah.

    kihkih..

    ahh, pk kawen lagik.

    lalala

    ReplyDelete
  5. dari awal kawin kena set sama2 mesti solat jemaah..at least 2 waktu. sbb waktu lain kerja mmg tak dptlah.

    tapi ada waktu tertentu, akak soh suami solat kat surau..bg campur masyarakat & ambil berkat surau/masjid.

    ReplyDelete
  6. betul tu HJ . lg elok kalau bersama suami berjemaah kat masjid ..

    ReplyDelete
  7. btol tu...

    seronok sgt bila solat berjemaah ngan family.. rasa bahagia :) rasa sebuah keluarga yg sudah lengkap..

    *eleehh terganggu laa sgt emosi tu... haha

    ReplyDelete
  8. bla line tenet ok bulehlah berbw...

    ReplyDelete
  9. bukan mudah nak membentuk keluarga harmoni seandainya ketua tidak memainkan peranan..

    ReplyDelete
  10. insyaAllah bakal imam aku nanti mcm gini rupanya...

    #berdoa :D

    ReplyDelete
  11. besar tanggungjawab laki ni kan..

    ReplyDelete
  12. dua-ii pun kena okay.
    susah nak cari lelaki yang okayy kan.
    ^^

    ReplyDelete
  13. agak susah la jugak nk cari imam keluarga yg btol2 blh m'mimpin..^^

    ReplyDelete
  14. benda yg baek mmg slalunye susah nak buat..err,bkn susah kenapa tp sbb rase berat...huhuhu
    *ketuk kepala sendiri~

    ReplyDelete
  15. terus nk solat berjemaah setiap waktu la dgn my dad ble cuti sem nti~` =_=

    ReplyDelete
  16. dua solat yang paling liat nak buat..

    ReplyDelete
  17. abaikan pendahuluan, yang penting isik.. hehehe..

    urm, jarang dapat jemaah dengan family, masing2 semua solat seniri2.. huuu..

    ReplyDelete
  18. blogwalking..
    hihi sorry..cik iena bru nk blogwalking slps join segmen april bloglist ben ashaari..
    lately bz sket..
    okies cik iena follow kamu yer..
    jgn luper follow blog cik iena sekali yer

    http://www.ienaeliena.com/

    ReplyDelete
  19. berdoa supaya family chemay nanti sentiasa berjemaah.
    moga chemay dapat suami yang soleh,
    amin.
    :)

    ReplyDelete
  20. besar ganjaranya kalau solat berjemaah ni kan..:D

    ReplyDelete
  21. rasa nak nikah cepat...nak tambah generasi ;p

    ReplyDelete
  22. kt asrma sy ssh sgt nk jemaah msa sbuh..suma rushing nk smbhyg sdri2..

    tmasuk sy.

    ReplyDelete
  23. yup yup setuju. bukan lelaki saja. pompuan pun sama kene ada kesedaran jugek.

    ReplyDelete
  24. nk cari lelaki yang blh jadi imam..

    ReplyDelete
  25. betul tu. ketua keluarga msti memainkan peranan penting. kalau ketua liat nak solat berjeamaah yg lain pun ssh la.

    sama2 baiki diri sendiri.

    ReplyDelete
  26. rindunya bejemaah ngn parents kt ruma..uwaaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.