Skip to main content

iman

Iman adalah mutiara..didalam hidup manusia. Mesti korang ada yang tak pernah lagu ni. Kalo tak silap aku lagu nyanyian Raihan. Iman tak dapat diwarisi.


Ahli sunah wal jamaah berpegang yang iman seseorang manusia ni bertambah dan berkurang. Sekejap iman itu bertambah dan dalam sekelip mata iman itu berkurang..menjadi nipis.lebih nipis dari kulit bawang.


Iman itu bertambah dengan 2 perkara. Pertamanya adalah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan keduanya meninggalkan maksiat dan larangan Allah. Simple. Iman berkurang pulak dengan sebaliknya daripada 2 perkara tersebut.


Iman yabg bertambah dan tidak akan berkurang itu adalah iman para nabi dan rasul. Iman yang sentiasa tetap itu adalah iman para malaikat.. Iman yang sentiasa berkurang..??


**lama xupdate..laptop xbukak.pun..sekadar online dgn hp.

**badmood dgn sudan masih terasa..hak3


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

  1. iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa..
    ehh..
    ehh..
    ehhh..

    saja mensumbangkan lagu ;p

    ReplyDelete
  2. lagu raihan ni memang legend!

    ReplyDelete
  3. betul la tue.. anak imam x semestinya bakal mewarisi ciri imam tue jugak.. diri sndiri yg kena berusaha capai ke arah tue ye ke idok ustad? hihihii

    ReplyDelete
  4. a`ah lagu Raihan.. antra lagu fevret jugak tu..

    ReplyDelete
  5. udah-udahler badmoodnyer...update dgn hp pun tetap ada pembaca setia :)

    ReplyDelete
  6. disebabkan iman tu boleh berkurang bertambah..makanya kita sentiasa perlu pd peringatan utk jaga graf iman.

    *tak dpt le buat WW ya hafizin..^_^

    ReplyDelete
  7. teringat lagu raihan.
    nyayi maso nasyid dulu.

    aku ni, kejap kejap baik, kejap kejap jahat.
    susah jugak nak jaga iman ni.

    ReplyDelete
  8. kirim slm bdk sudan tu hehehe

    iman adalah mutiara..di dlm hatimanusia..favourita ooo dulu lagu ni

    ReplyDelete
  9. dah lama tak dengar lagu nih! sobs sobs..

    haha kau dah okey dengan mat sudan tu ke belum?

    ReplyDelete
  10. udah2 ler tu bad moodnyer.. jgn di tarik muncung mulut tu.. kang bleh sangkut hanger plak.. hehe

    ReplyDelete
  11. iman yang sentiasa berkurang ialah iman manusia yang leka dengan kealpaan dunia kan ?Iman manusia ni turun naik. So, nak kekalkan ia diatas, so banyak banyakkanlah ingat padaNya (:

    ReplyDelete
  12. hidup tanpa iman ibarat ikan yang terus hanyut dibawa air.....kaaaan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum H.J..semoga bad mood tu akan cpt2 hilang yer...biarlah apa org nak buat kat kita ada balasan nyer nantikan...:)

    ReplyDelete
  14. iman tak dpt diwarisi..huhu

    ya, iman bole btmbh dan bkurang..sayu tetiba..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.