Harga Minyak Naik Lagi
Mulai 1 Jun 2015, harga minyak di Malaysia untuk setiap liter adalah seperti berikut:
1) RON 95 - RM 2.05
2) RON 97 - RM 2.35
3) DIESEL - RM 2.05
1 Jun tak seberapa nak indah bila kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen masing - masing untuk petrol Ron 95 dan juga diesel. Harga baru ini berkuatkuasa pada pukul 12:01 minit malam tadi. Cumanya tak pasti sama ada minyak cap kapak atau pun minyak yu yi cap limau turut naik harga pun tidak.
Harapnya pihak peniaga dan penjual tidak sewenangnya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang mereka. Jangan sewenang menaikkan harga barang sekiranya barangan yang dijual itu sudah ada untungnya. Fikirkan kesulitan dan kesusahan marhaen yang lain. InsyaAllah ada berkat dalam perniagaan.
Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula dinaikkan! - Orang Pandai Malaysia (Ahmad Maslan)
P/S: Syukur... Malaysia masih aman.
sekarang dah tak berapa nak melatah kalau minyak naik, sbb dah penat. Kira pasrah jelah..dalam tak redha.
ReplyDeletepasrah saja lah.. maslan tu dh kena pulau dgn student2 malaysia.. haha
ReplyDeletebak kata ujie othman...dah pasrah dalam tak redho...huhu..letih dah...#aptb
ReplyDelete