Malaysia, Oh Tanah Airku


Apa yang akan terjadi dengan Malaysia pada tahun depan? Dua tahun hadapan? Tahun 2020? Saban hari, perpecahan dan permainan politik di Malaysia semakin pincang dan bercelaru. Rakyat tersepit di antara permainan orang - orang VIP ini. Ternyata, Malaysia sedikit kacau bilau dalam beberapa tahun sebelum ini.

UMNO dengan masalahnya. Pakatan Rakyat dengan isunya. Bilamana semua pemimpin sibuk membicarakan tentang permasalahan parti, di mana masa pemimpin untuk melihat kesusahan rakyat, membantu rakyat dan berdiri bersama - sama dengan rakyat.

Umum tahu yang rakyat Kelantan yang ditimpa bencana bah kuning tahun lepas masih lagi tiada rumah dan kelengkapan asas yang belum lagi lengkap. Sibuknya pak menteri dan anak buahnya sehingga mereka - mereka ini yang tidak bernasib baik di anak tirikan. Sungguh berbeza layanan mereka kalau nak dibandingkan dengan rakyat ataupun penduduk yang mana kawasannya akan diadakan pilihan raya. Kaya sebentar.

Bah Kuning, MH 370, MH17, dan terbaru adalah gempa bumi yang berukuran 6.0 skala ritcher melanda Sabah. Adakah kita mahu membutakan mata lagi dengan bala dan musibah yang menimpa negara kita. Mungkin Kaum Kadazan kata yang ianya menyalahi adat tradisi mereka bila mana pelancong asing mendaki Gunung Kinabalu dan bertelanjang bogel di puncaknya. Tapi, kita semua tahu, apa sebabnya. Faktor geologi?

Rasuah usah dibicarakan lagi. Malaysia sudah terkenal dengan negara yang paling tinggi kes rasuahnya. Boleh berada dalam top ten seluruh dunia. Adakah ini suatu yang dibanggakan? Tidak. Sama sekali tidak kerana ianya adalah satu duri yang sakitnya sedang mencucuk daging - daging rakyat Malaysia itu sendiri. Lambat laun, ianya akan bernanah dan membusuk jika tiada penawar yang betul - betul mujarab ditemui. 

Mungkin kekacauan ini timbul selepas naiknya YB Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia? Di mana sekarang ini sedang hangat dan diviralkan di media sosial sebagai pahlawan yang tiada beraninya. Mungkin agak kurang adab jika menggelarkan PM kita dengan gelaran - gelaran yang berunsurkan komedi seperti Hang Pi Najib yang merujuk kepada ketidakhadiran PM dalam majlis dialog Nothing2Hide yang dianjurkan oleh Sukaguam Malaysia.

Boleh tengok sekarang, dalam UMNO itu sendiri semakin besar jurang perpecahannya dan timbul pula dua kumpulan besar. Satu kumpulan yang menyokong bekas Perdana Menteri, satu lagi kumpulan adalah yang menyokong Perdana Menteri sekarang ini. Kacau bilau ini sudah semestinya merugikan rakyat sehingga rakyat terpaksa menanggung kerugian pentadbiran Perdana Menteri sekarang ini dengan terpaksa membayar GST.

Satu cadangan daripada aku untuk Perdana Menteri, letaklah jawatan Perdana Menteri itu sekarang. Jangan anggap ianya adalah tunduk kepada tuntutan musuh, tapi anggaplah ianya untuk kesejahteraan rakyat. Aku yakin yang ini adalah cadangan daripada ramai marhaen di luar sana juga.

Comments

  1. Kepentingan diri melebihi segalanya, kepentingan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi siulan dibibir sahaja....

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun