Resipi Rahsia Nasi Goreng Tanpa GST?



Nah, kepada sesiapa yang nak resipi nasi goreng tanpa gst yang sebelum ni mungkin resipi rahsia yang selalu dibangga - banggakan oleh menteri kita, Ahmad Maslan.

Hanya perlu sediakan barang - barang seperti berikut:-

1) sayur
2) telur
3) cili
4) nasi
5) garam
6) daging
7) bawang
8) ayam
9) minyak
10) gas memasak

Menteri Ahmad Maslan menyenaraikan 10 bahan - bahan seperti di atas untuk membuat secret resipi nasi goreng tanpa gst. Mungkin menteri terlupa nak masuk bahan yang dikenakan gst, kuali dan sudip. Haha.

Memang betul tu resipi yang bahan - bahannya tanpa gst. Tapi, walaupun harga barangan seperti ayam, daging tak dikenakan gst, harga dekat kedai - kedai di kampung mungkin akan berbeza sedikit. Mungkin faktor elektrik yang dikenakan gst jika melebihi tarif yang telah ditetapkan.

**Nampak je barang - barang tak dikenakan GST, tetapi kenapa harga barang naik juga?

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun