SEKOLAH DIBUKA 24 JUN 2020
Baru sebentar tadi, Menteri Pendidikan, YB. Dr Radzi Jidin mengumumkan yang sekolah akan dibuka pada 24 Jun 2020 dan hanya untuk pelajar yang mengambil SPM, STPM, STAM, SVM dan sijil-sijil antarabangsa yamg setara dengannya.
Bagi pelajar lain, mereka masih lagi perlu berada di rumah dan meneruskan pengajian secara atas talian. Bila mereka boleh pergi ke sekolah? Dr. Radzi dalam sidang media tadi memberitahu yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan pembukaan sekolah kepada mereka ini dari semasa ke semasa.
Berdasarkan klu yang diberikan, nampak gayanya pelajar lain akan ‘bercuti’ lebih lama lagi di rumah. Paling awal pun mungkin selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sibuk sangatkan selalu tanya cikgu, “cikgu... bila cuti?” “Cikgu, esok cekolah tak?” Nah. Ambil lah kamu berapa lama nak cuti. Ingat sedap ke cuti lama-lama?
Lain pula bagi cikgu. Mereka ini perlu hadir ke sekolah biar pun mereka tidak mengajar subjek SPM atau pun yang seangkatan dengannya. Pelik? Tak pelik pun sebab mereka ini penjawat awam. Kena lah kerja. Kalau kerja kat rumah, nanti ramai pula yang tak puas hati. Cakap guru makan gaji buta. Duduk goyang kaki, cukup bulan duit masuk. Untung la macam tu.
Kalau boleh, dan memang kena boleh untuk elakkan rasa hasad dengki kita kepada kesenangan orang lain. Kita nampak orang tu senang je kerja dari rumah. Picit-picit handphone lepas tu makan, update resipi dekat facebook. Kita pun rasa dengki, iri hati. Kerja tak ada la senang mana, tapi gaji masuk banyak. Pernah ke kita berada di tempat dia? Tak pernah? Kalau tak pernah sememangnya tidak perlu untuk kita menilai kerja buat dia.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.