WAKTU OPERASI UTC SELEPAS COVID-19 BERMULA 15 JUN 2020
Berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dikenali juga dengan nama Abah Din berkenaan pembukaan semula pusat UTC untuk menjana semula ekonomi negara, waktu operasi UTC di semenanjung dan juga Sabah Sarawak turut diseleraskan.
Ini bukan bermaksud waktu operasi UTC di semenanjung sama dengan Sabah Sarawak. Di semenanjung ada waktu operasi yang sama di seluruh negeri. Dari Perlis hingga Johor, waktu operasinya sama. Buka pada waktu yang sama, tutup juga pada waktu yang sama. Begitu juga di negeri Sabah dan Sarawak, operasi di dua negeri tersebut selaras keduanya tapi tidak sama dengan semenanjung.
Bila waktu Operasi?
Maka berikut merupakan waktu operasi UTC untuk tahun 2020 bermula 15 Jun 2020 bagi semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.
Semenanjung Malaysia:-
Hari biasa : 8.00 pagi - 9.00 malam
Hari minggu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabah dan Sarawak dan W.P Labuan :-
Hari biasa dan hari minggu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabah dan Sarawak ni masa operasi dia sama sahaja. Tak kira sama ada hari minggu atau hari biasa. Jadi, bagi sesiapa yang ada urusan dengan kaunter kerajaan semacam JPJ, JPN atau sebagainya, boleh rancang dengan sebaiknya masa untuk berurusan.
Baik juga kerajaan buat macam ni sebab ada orang yang kerja pukul 8 pagi hingga 5 petang. Ada yang kerja jaga 12 jam pada waktu siang. Jadi, mereka-mereka ini punya waktu yang fleksibel untuk berurusan di kaunter.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.