TEMPAT MAKAN SEDAP DI PASIR MAS? NASI NARKOBA KAMAL?

Nasi Narkoba Kamal, Pasir Mas

Pagi-pagi lagi dah sampai Pasir Mas. Perut lapar dan ingin merasa santapan yang sedap di mulut dan kenyang di perut?

Boleh singgah di Kedai Nasi Narkoba Kamal. Kedainya tak besar dan sedikit tersorok di Bandar Pasir Mas. Berdekatan dengan Pejabat Pos Pasir Mas.

Menariknya kedai ini ada pelbagai jenis lauk pauk dan semestinya rasa yang sangat sedap. Kena dengan tekak.

Apa yang menarik sebenarnya kat sini ada lauk otak lembu dan side dish kulat goreng tepung yang begitu rangup dimakan begitu saja. Dihidang pula di atas daun pisang. Pehhh... merecik.

Kedai dibuka seawal jam 9.00 pagi lagi dan biasanya mula sesak dengan pelanggan ketika waktu lunch hour.

Portion nasi memang banyak dan harganya boleh tahan ‘terik’. Tapi, bila habis makan tu seakan berbaloi rasa dan kenyang tu dengan harganya.

Kos hangus untuk 3 orang makan:-

1. nasi + sayur taugeh + acar timun + otak lembu + pedal hati goreng + kulat goreng tepung + teh o panas

2. nasi + sayur taugeh + acar timun + tempe goreng + ayam goreng keropeh + kulat goreng tepung + teh ais

3. nasi + sayur taugeh + acar timun + ayam goreng organik + tempe goreng + pedal hati goreng + teh o panas

Jumlah hangus = RM 29.70

Jarang-jarang, sekali setahun boleh la nak makan. Tak pun masa orang nak belanja makan. Jimat sikit. Haha.

Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK