Muliakan Jiran

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ys4zbEwz62usxNS2snxp0zNpHKoGHUP5

Dalam kita ghairah ditimbuni nikmat makanan yang beraneka jenis daripada Allah, jenguk-jenguklah jiran kita. Adakah jiran kita perutnya kenyang membuncit ataupun lapar sehingga kepis perutnya.


Ada satu hari jiran aku bawa balik aneka durian. Ada durian musang king, tok litok, D24, kunyit, B61, 4G93 dan macam-macam jenis lagi. Durian level kayangan. Kalau ada syarikat perniagaan durian di Bursa Saham, mesti harga tengah top sekarang.

Walupun berjarak 20-30 meter dengan rumah jiran, aroma durian sudah menusuk hidung hingga memenuhi ruang rumah aku. Aku tumpang syukur, rezeki jiran haritu dapat makan durian.

Aku? Tak apalah. 

Sekilo durian musim sekarang ni boleh tahan juga harganya. Lagi-lagi jenis durian yang bertaraf kayangan. Tapi sedih, jiran aku ni tak bertanya sepatah apa pun dekat aku. 

“Oii... tak bau durian musang king ke? 10kg kawe beli ni.”

“Kawe beli tok litok ni. Sedappp boss. Kunyit pun ada ni. Demo bau saja jah deh.”

Apatah lagi dia nak offer,

“Kawe beli sebutir jah duye D24, ambik la ko demo seulas ni.”

Aku muhasabah. Mungkin jiran bersikap sedemikian disebabkan aku juga mungkin bersikap sedemikian dengan dia. Mungkin pernah.

Selalu sahaja manusia ni nak menyalahkan orang lain terlebih dahulu. Orang lain je buruk, orang lain je buat silap? Kita? Terasa seperti malaikat. Tak pernah buat salah. 

Lama aku muhasabah. Rupanya jiran aku ni dah tahu yang aku ni memang spesis rare di Malaysia. Spesis yang tak makan durian. ‘Tok berehi’ orang Kelantan kata. Aduss. Mudah sangat jadi tisu.

Hari ni aku order nasi arab maqlubah dari Chef Faiz. Kadang-kadang je dia buka order Maqlubah. So aku order 2 talam. Biasa dia buat nasi mandy je. Sampai je nasi, aku bergegas ketuk pintu rumah jiran aku dan terus bagi salam. Jiran aku pun keluar.

“Bos, mari gi rumah kawe.. ado nasi arab tu, kawe nok make nga demo. Beraso mari teringat ko demo eh hari ni.”

Habis je ayat aku, aku tengok mata dia merah. Perlahan ada air jernih mengalir laju, meluncur jatuh ke pipinya. 

“Bos, demo jerit ko? Banyok molek air mata tu.”

Aku bertanya tanpa berkias lagi. Aku syak dia terharu aku ajak dia makan nasi arab.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ha_YiPs3X9mNaUVA5LWT5Y3lUdbTDT8s




“Ehh.. mano ado bos. Muka bekeng gini buke dio nok jerit. Dulu-dulu ore duk panggil kawe ni Kapten Amareka. Tok jerit eh. Air mata ni bukti kawe biso belakon.”

Dia menyembunyikan rasa terharunya. Tak apa lah. Aku bersangka baik. Mungkin betul dia ni kapten amareka. Tapi direject oleh tim produksi Marvel. Sebab dia ni ada jambang. Siap bergulung lagi.

Sampai rumah aku, aku tahu sebenarnya dia rasa suka, terharu dan gembira sebab belum pernah lagi dia merasa nasi arab. Masa makan tu, setalam nasi arab dia hadap sorang-sorang je. Sedap kot rasa nasi arab maqlubah tu?

Tak apalah jiran. Asalkan kamu gembira. Bila tengok jiran aku pakai baju Kapten Amareka tengah makan dengan berselera, aku rasa gembira. Geli hati pun ada bila sekali tengok tu, macam betul-betul Kapten Amareka tengah makan nasi arab.

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang memuliakan jiran sebagaimana anjuran Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W  supaya memuliakan jiran.

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya.

Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK