PERBAHARUI, 'RENEW' SSM SECARA 'ONLINE'

Bagi sesiapa yang ingin memperbaharui lesen perniagaan mereka yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda semua boleh perbaharuinya melalui portal EZBIZ.

Tapi, untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna ezbiz, anda perlu daftar dan perlu aktifkan pendaftaran di kaunter SSM buat kali pertama. Bermakna, untuk penggunaan kali pertama, perlu juga ke kaunter SSM. Tidak senang dengan hanya duduk di rumah dan dapat pengaktifan secara automatik.

Jadi, sekiranya anda perbaharui lesen di SSM, alang-alang dah pergi SSM, boleh daftar ezbiz. Selepas ini, atau tahun depan, dah tak perlu ke SSM untuk perbaharui lesen. Bayar secara online dan tekan butang print untuk print sijil SSM.

Kat bawah adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memperbaharui lesen SSM melalui portal ezbiz. Kalau terus ke laman web ezbiz pun ada sediakan manual untuk menerangkan langkah demi langkah untuk membantu pengguna menggunakan khidmat mereka.

Masukkan username dan password yang telah didaftarkan. Jika tak ingat boleh tekan forgot password dan kena masukkan IC untuk reset semula kata laluan. Nanti dia akan hantar password baharu dekat email yang telah didaftarkan.

Boleh juga untuk memperbaharui lesen SSM milik orang. Jadi, jika ada kawan kita yang nak perbaharui lesen SSM, kita boleh tolong bayarkan untuk mereka. Kawankan? Takkan nak berkira. Caj la RM 10-RM setiap sijil. 



Nak perbaharui untuk orang lain pastikan kena ingat no pendaftaran syarikat dia. Kalau tidak, tak dapat nak buat. Untuk proceed payment, nanti boleh bayar melalui internet banking atau pun melalui kad kredit atau debit.

Untuk download sijil perniagaan selepas selesai pembayaran. Sila ikut langkah di atas.


Lepas siap, pastikan tidak terlupa untuk download sijil dan juga bisnes info. Bisnes info ini hanya boleh didowload selama 14 hari sahaja selepas buat pembayaran. Kemudian, nak download juga kena bayar melalui portal MYDATA di bawah SSM. Boleh rujuk website SSM. Bayaran dalam RM 20.00 untuk sekeping sijil.



Tempoh hari, aku buat melalui komputer tidak berjaya untuk download sijil dan print. Tiada paparan di skrin selepas tekan download certificate. Jadi, aku log in melalui telefon dan dapat download dengan baik sijil SSM. Sijil tersebut boleh disimpan dalam PDF atau boleh upload dimana-mana cloud untuk kegunaan kita di hari kemudian.



Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK