“Su, ada nak pergi mana-mana ke hari ni?” Tanya aku pada Su melalui panggilan telefon. Pok Su, nama manja untuk Raja Saiful Azhar, adik kepada Raja Lelong di Kelantan.
“Tak ada. Kawe ada rumah je ni.” Su membalas. Suaranya serak kering seperti baru sahaja bangkit dari tidur.
“Tunggu Su kat rumah. Kejap lagi kawe sampai Batu Caves. Kita minum teh.”
Oleh itu, alternatifnya adalah melalui jalan Gombak - Rawang - Batang Kali. Mungkin jauh sikit. Kena pusing bukit, naik jambatan paling tinggi di Malaysia, kena lalu tol Genting Sempah.
Kali ini, Raja Saiful Azhar membawa aku ke sebuah kedai mamak.
“Lauk telor sotong sini terbaik Mil. Demo try la.” Syor Raja Saiful Azhar kepada aku.
“Su, apa isu dengan Samsul?” Tanya aku kepada Raja Saiful Azhar. Nasi sudah habis. Pinggan sudah lincin. Bekal untuk meneruskan lagi baki perjalanan ke Sungai Siput.
“Huh…” Raja Saiful Azhar mengeluarkan satu keluhan kecil sambil menggeleng kepala.
“Kenapa Su? Nak marah ke?” Tanya aku.
“Tak tahu la bos. Kawe tak faham dengan netizen. Isu rumah tangga orang pun sibuk nak ambik tahu. Benda ni patut selesai di mahkamah. Selesai sesama mereka.” Matang betul jawapan Raja Saiful Azhar. Bukan sia-sia namanya ada ‘Raja’ di depan.
“Betul Su. Kawe setuju.”
“Molek ke Su Samsul nikah sorang lagi?” Satu soalan lagi untuk Raja Saiful Azhar.
“Molek Mil kalau Samsul jaga molek nafkah anak dengan bini nombor satu dia. Boleh berlaku adil macam Islam nak. Tak haram kalau macam tu!” Nadanya bersahaja, tapi keras.
“Pastu? Bini nombor dua dia yang orang duk marah tu?”
“Yang marah bini nombor dua tu ramai yang perempuan.” Tegas kenyataan Raja Saiful Azhar.
“Kawe perhati, bini nombor dua ni senyap je. Bini nombor satu pula duk jaja cerita situ sini bagi orang tahu. Buka aib suami dia. Bukan nak selesai di mahkamah. Demo rasa, antara nombor satu dengan nombor dua, mana yang lebih baik sekarang ni?” Panjang ulasan Su. Sambil-sambil tu sempat dia menghirup milo o ais yang sudah hampir habis.
“Tak baik belaka Su. Kawe rasa bini kawe jah baik.”
“Betul, serupa jawapan kita. Kalau kawe, bini kawe yang terbaik.” Tersenyum Raja Saiful Azhar sambil menghabiskan milo o aisnya.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.