Lawatan PPD ke kelas tingkatan 5 |
"Eh, aku bagitahu hang awal ni. Hang kena ajar Syariah tingkatan 5, cover Uzair.” Ujar Zahrul kepada aku.
Uzair yang mendapat 26 hari mc adalah seorang ustaz yang mengajar subjek al-Syariah tingkatan 5 di sekolah. Dan, SPM sudah tidak lama lagi untuk pelajar menempuhinya.
“Hang la ni. Uzair dah bagitahu dia tak boleh datang kelas tambahan malam, hang cakap dia kena datang juga. Dia stress la tu, terus jatuh dekat tandas tadi.” Aku bergurau dengan Zahrul.
Uzair pada tengah hari sebelum berakhirnya sesi persekolahan, telah jatuh dan nampak dari raut wajahnya seakan perit menahan kesakitan. Nasib baik ketika dia jatuh tu ada orang yang berdekatan dengannya dan dapat memapah dia masuk ke dalam kereta.
“Tu la… aduh. Aku pun rasa bersalah dengan dia. Aku keras sangat dengan dia tadi. Aku cakap dekat dia, hang pandai-pandai la cari pengganti kalau tak boleh nak datang kelas malam. Tengok-tengok tengah hari tadi dia jatuh dan esoknya dapat MC. 26 hari pula tu. Aduuu… aku rasa bersalah chor.” Zahrul meluahkan rasa kekesalannya.
Di pihak Zahrul selaku guru kecemerlangan SPM, dia cuma nak memudahkan kerjanya sahaja dengan memasukkan semua guru dalam jadual kelas tambahan. Guru yang tidak dapat datang, boleh cari pengganti atau tukar suka sama suka dengan guru yang lain. Dia tak nak pening kepala kena tukar dan edit semula jadual yang telah siap dirangka.
“Tak apa. Hang bukan ada niat nak zalimi atau aniaya dia. Itu dah memang sakit lama dia. Dia kan sebelum ada sakit urat yang berkait dengan saraf tu. Kita bagi la dia rehat dulu.” Kata aku kepada Zahrul. Cuba menenangkan gelora bersalah yang ada dalam diri Zahrul.
“Jadi, hang okay la ni cover subjek Uzair?” tanya Zahrul sekali lagi.
“Okay. Tak ada masalah. Nanti aku tanya Uzair apa yang dia rancang nak buat dekat budak-budak dia untuk subjek Syariah,” jawab aku. Apa yang orang bagi, kalau kita mampu buat, buat dulu. Lagi pun, yang meminta tolong adalah kawan kita sendiri. Katakan dulu ya, baru fikir dan buat. Kalau tak mampu, nanti katakan tidak pula.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.