Ini adalah pengalaman pertama aku bermalam di Tune Hotel yang terletak di KLIA 2. Disebabkan tidak ada penginapan yang dekat, murah dan mesra keluarga, jadi ini adalah pilihan terbaik yang ada. Walaupun masih dalam fasa PKP, Tune Hotels beroperasi seperti biasa. Jadi, jangan risau tentang penginapan ketika transit di KLIA 2 semasa PKP berlangsung.
Masih mengekalkan tema merah putih tune hotel, air asia dan tune talk |
Harga untuk dua malam aku menginap disini adalah RM 358. Mahal? Ya, mahal sedikit berbanding hotel bajet seperti OYO dan sebagainya. Tetapi disebabkan tidak ada persaingan dengan hotel lain, harga itu adalah harga yang terpaksa ditelan untuk mereka yang memilih untuk cepat dan mudah. Harga yang dibayar termasuk ubat untuk emosi dan mental yang cedera ketika memilih penginapan yang terbaik untuk bermalam.
Susun atur yang menarik dan sesuai untuk transit |
Cepat dan mudah kerana dari lapangan terbang KLIA 2, kita tidak perlu berjalan meredah panas matahari mahupun hujan gerimis. Semuanya laluan berbumbung untuk sampai ke Tune Hotel. Mudah dan cepat betul kan? Siap boleh tolak troli beg dari lapangan terbang lagi sampai di depan pintu hotel.
Boleh layan siaran MYTV dan tv ni adalah saiz 32 inci |
Bagi aku, bilik yang disediakan agak okay dan selesa. Ada penghawa dingin, ada kipas, ada tv, dan yang paling utama adalah tandas dan bilik air yang bersih. Tekanan air juga laju menjadikan satu keselesaan dan keamanan ketika membuang sisa buangan dan sisa lebihan di dalam badan.
Reka bentuk bilik air dan tandas yang nampak moden dan selesa |
Sesiapa yang ingin tempah Tune Hotel, kena hati-hati ketika menempah kerana Tune Hotel ada pakej untuk beberapa jam sahaja untuk satu bilik. Pakej ini adalah khusus untuk yang transit penerbangan yang tak lama. Ada yang 3 jam, ada yang 6 jam dan ada yang 12 jam. Kebiasannya, pakej ini akan nampak murah dan kena hati-hati bimbang takut ghairah nampak harga murah, terus tekan butang tempah.
Tandas tak ada kunci. Menginap suami isteri okay lagi. Menginap dengan kawan 'dajal', siap la. |
Sekiranya untuk bermalam, kena perhati dan semak betul-betul yang ianya adalah 'overnight'. Kalau perasan selepas tempah tak mengapa. Ini sekiranya staf dekat kaunter bagitahu ketika ingin check in "Encik booking untuk 3 jam sahaja ni". Haru biru nanti. Emosi haru, poket turut haru.
Suis penghawa dingin |
Aku buat carian dan membuat tempahan menggunakan aplikasi booking.com di telefon bimbit. Mungkin agak senang bagi aku dan rasa lebih yakin ketika buat tempahan. Ada laman web tunehotel, tapi aku tak berapa yakin sebab laman web nampak suram dan tidak mendapat liputan media yang meluas. Risau juga sekiranya laman web tersebut adalah laman web scam.
Di Tune Hotels, jangan risau tentang capaian internet kerana kalian akan mendapat capaian internet yang laju. Aku test dengan speedtest, kelajuan download dapat la dalam 30mbps dan kelajuan upload pun 30mbps. Bagi aku okay la setakat untuk transit. Username dan password akan diberikan iaitu dengan memasukkan nombor bilik dan email yang didaftarkan semasa di kaunter lobi hotel.
Tempah terus di laman web tunehotels.com. Nasib baik ada offer murah. |
Sampai dekat hotel baru ternampak iklan Tune Hotel. Ditampal iklan di pintu lif; tempah di laman web Tune Hotel terus, dijamin harga lebih murah. Bila aku check, memang murah sedikit sebab ada offer iaitu 'stay for 2 night & pay less'. Kalau ikutkan, memang sesuai la offer tu untuk aku sebab aku stay 2 malam dekat hotel ini. Kalau melalui aplikasi agoda, trivago atau booking.com mungkin offer ni tak ada. Cadangannya, jika kalian mahu tempah Tune Hotel, tempahlah melalui laman web rasmi mereka.
Jadi, nak mudah dan cepat ketika transit di KLIA 2, tempahlah Tune Hotel di laman web mereka. Tune Hotel sudah semestinya menjaga standard kebersihan dan juga prasarana yang lain memandangkan tempat mereka selalu menjadi persinggahan pelancong-pelancong dari luar negara. Insya-Allah, puas hati. Kepala pun tak pening nak cari tempat untuk bermalam. Esok terus check-out dan tunggu dekat tingkat 3 untuk ke balai pelepasan.
TIPS PENTING :-
1) Semak berkali-kali ketika membuat tempahan
2) Ada bilik yang disediakan untuk pelanggan yang tidak bermalam
3) Kebisaan bilik hotel yang murah adalah disebabkan tempoh yang tidak panjang dan bukan 'overnight' seperti 3 jam, 6 jam, 12 jam. Semak betul-betul sebelum buat tempahan.
4) Jika travel seorang diri, boleh pilih bilik jenis dorm untuk harga yang lebih murah.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.