Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2024

AMIN DAN KOPIAH MERAH

  “Mil, ambik gambar kawe la. Kawe pakai kopiah baru malam ni.” Pinta Amin (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tiba di gelanggang futsal. Malam ni kebetulan ada perlawanan persahabatan futsal antara pasukan sekolah dengan pasukan luar. “Smart Min kopiah demo. Di sekolah tadi kopiah bentuk sama, cuma warna hijau. Malam ni kopiah merah. Memang masuk dengan warna baju melayu demo Min.” Aku kagum dengan penampilan Amin sejak masuk bulan Oktober. “Aaaa… demo. Kawe ada belaka warna kopiah. Boleh masuk semua dengan warna baju kawe,” akui Amin. Kalau dulu, penampilannya bersongkok hitam dengan janggut lebat. Tiba Oktober, songkok telah ditukar kepada kopiah. Beraneka warna. Kalau sekali pandang, wajah Amin ada iras wajah Ebit Lew. Dua kali pandang, dah jadi Fatah Amin. “Min, duk tepi court sikit. Biar ada gaya coach. Coach pakai kain pelikat berbaju melayu!” Aku merakam gambar Amin. “Kacak Min. Nanti kawe masuk gambar demo dalam group. Boleh cikgu bujang tengok gambar demo sebelum tidur malam n

DERITA ORANG TIDAK SAMA

  Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Hingga ke petang baru nampak awan gelap bergulung memenuhi langit di Kg. Kelimat. Angin mula bertiup laju menerbangkan daun-daun kering. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang sebaik saja mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Futsal Negeri Perak berakhir. “Mil, nak minta tolong demo hantar kawe ke Dato Sagor kejap lagi,” pinta Zikri (bukan nama sebenar). Dato Sagor adalah nama sebuah kampung. Selang beberapa kampung dari Kampung Kelimat. “Boleh Yi. Ada kerja apa dekat Dato Sagor?” Tanya aku. Dato Sagor adalah sebuah kampung yang jauh ke dalam. Jalan menujunya dikelilingi oleh pohon-pohon sawit. Jika malam, jalannya sungguh gelap dan jarang sekali ada kenderaan yang lalu-lalang. “Kawe nak ambil motor yang kawe baiki haritu. Dah siap. Kena pergi ambil hari ini,” jawab Zikri. Motor Zikri memang sudah berbulan rosak. Sepanjang motornya rosak, dia cuma menumpang kereta cikgu-cikgu lain untuk pergi ke sekolah. Rumahnya memang dekat dengan jalan

TOKO TEJA TANPA BOS

  Turun awal hari ini bila tengok ramalan cuaca hujan akan turun di Gerik sekitar jam 12 tengah hari. Cuaca sehari dua ini tidak menentu. Sukar diramal seperti emosi orang perempuan. Bila dengan motor, sebolehnya aku nak elak untuk meredah hujan sepanjang Jalan Raya Timur Barat. Bahu jalan yang sempit, jalan yang banyak selekoh, kiri kanan gaung adalah antara sebab yang menjadikan perjalanan dengan motor ketika hujan jadi bahaya. Tapi Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari Pasir Mas hingga Gerik, cuaca mendung. Bila semakin menghampiri Hentian Titiwangsa, tangan pula semakin sejuk. Pukul 1, aku sudah terpacak di depan Toko Kopi Teja. “Di, Bajigur satu.” Pesan aku pada salah seorang barista Toko Kopi Teja. “Okay. Balik dari Kelate ke?” Edi menyapa aku. “Ya, Di. Datang awal, risau hujan dalam bukit.” Jawab aku. Sudah beberapa kali aku singgah di kedai Teja dan Edi pun sudah cam aku. Sembang dengan dia pun macam sudah berkawan lama. Tapi, hari ini perasaan aku di kedai Teja tidak seceri

PEPINDAHAN CIKGU AISYAH

“Terima kasih buat rakan guru yang tak jemu membantu sepanjang cikgu di sini. Rakan-rakan cikgu lah keluarga cikgu di Perak ini.” Ucap Cikgu Aisyah. Nadanya sungguh sayu dan hiba. Hari ini adalah hari terakhirnya di sekolah. Dia sendiri tidak menyangka, permohonannya untuk ke Terengganu sudah diterima. Dari 2020 dia di Perak, tanggal 27 September adalah hari terakhir dia berkhidmat di sini. “Cikgu masih ingat lagi, ketika cikgu sarat mengandung… pukul 3, 4 pagi cikgu sakit perut, sahabat di sekolah ini yang menghantar cikgu ke hospital. Ketika itu suami cikgu berjauhan.” Luah lagi Cikgu Aisyah. Suaminya yang berada di depan turut tertunduk hiba. Sepanjang dia ditugaskan di Perak, dia sudah berjauhan dengan suaminya. Suaminya seorang usahawan tanah di Terengganu, dia pula seorang pendidik di Perak. Ujian suami isteri yang duduk berjauhan. Hilang tempat untuk seorang isteri bergantung secara dekat. Cikgu Aisyah tahu, dia perlu kuat. Suaminya, Aziz juga tahu, dia perlu banyak bersabar. Ya

VAN BURUK BERWARNA PUTIH

  Ini kali pertama aku jumpa seorang cikgu yang begitu ikhlas nak tengok muridnya maju dalam sukan bola sepak. Dia juga begitu obses dengan kejurulatihan bola sepak dan futsal. Dia peminat tegar Pep Guardiola. Ya, Pep Guardiola yang marah dan menendang kerusi pada perlawanan menentang Arsenal minggu lepas bila Calafiori menjaringkan gol penyamaan 1-1. Dia juga tidak pernah mengalah dan merasa lemah walau berkali-kali dimarah oleh pentadbir berkenaan hal ehwal bola. “Wardi, budak kamu la ni cedera. Sakit. Dia kata cedera sebab main bola. Kamu kenapa tak bawa dia pergi klinik?! Kesian warden yang kena hantar ke klinik pula.” Ayat ini selalu singgah di telinga Wardi ketika dia santai meminum teh o dengan biskut Hup Seng di bilik guru. Inilah rencah dan cabaran yang selalu dia hadapi. Jadual latihan bola sepak dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Empat hari. Habis sekolah pukul 3.40 petang, disambung pula dengan latihan bola sepak sehingga jam 6.30 petang. Setiap Selasa dan Rabu, a

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK 2024

“Budak ni, kalau dia lemah dalam pelajaran, tak semestinya dia lemah benda lain. “Sekolah kita ni… pelajarnya bukan cerdas sangat otak. Mil, dalam 5 buah sekolah agama dalam daerah, sekolah kita yang paling corot. Dah tak ada pilihan lain baru mereka pilih sekolah kita. “Saya rasa, kalau budak tak boleh dalam pembelajaran, kita cuba ‘channel’ dia untuk berjaya dalam sukan atau kokurikulum,” ujar Wardi memulakan mukadimah. Di depannya ada secawan air suam dan teh o panas. Ini adalah minuman yang biasa dipesan kalau berada di kedai makan. Wardi adalah orang lama di sekolah. Hampir 20 tahun dia berkhidmat di sekolah ini. Kebetulan, ayahnya adalah antara orang penting yang mengasaskan sekolah ini. Dari Sekolah Agama Rakyat, sekarang ini sudah bertukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan pandangannya. Memang betul, tak bermakna jika seseorang lemah dalam pelajaran, bidang lain pun dia turut lemah. Kalau semua orang bijak pandai, nanti siapa

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 2

“Eh, kita ada 2 tempat ni. Rumah Yid dengan rumah Lih.” Aku mengingatkan Bakari dan Muzakkir. “Pastu… nak pergi yang mana dulu?” Tanya Muzakkir. “Pergi rumah Yid dulu la. Balik kita singgah rumah Lih.” Bakari memberi kata putus. “Boleh juga. Kena pergi rumah Yid dulu sebab Jes dari tadi lagi tunggu kita.” Aku mengiyakan keputusan Bakari. Dan memang kebiasaannya, pembuat keputusan adalah Bakari. Kalau tanya Muzakkir, jawapan dia senang sahaja. “Atas mu belaka. Aku ikut je.” “Mu on, aku on.” “Mu gi, aku follow.” Dan paling susah dia nak buat keputusan adalah bila ditanya, “Nak pergi makan kedai mana ni?” Maps menunjukkan sudah sampai di rumah Abdullah Zaid. Kami semua turun dari kereta. “Eh, betul ke rumah Yid ni? Tak ada kelibat Yid pun.” Muzakkir mula sangsi. “Kalau ikut maps, betul dah ni.” Aku bahagian tengok maps cuba memberi kepastian. Telefon bergetar. Amjes membuat panggilan. “Mari masuk ni. Aku nampak dah sek mu. Mari!!” Lega. Memang ini rumah Abdullah Zaid. Di bahagian belakang

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 1

Entah bila kali terakhir aku, Bakari dan Muzakkir bergerak sama-sama untuk ke menghadiri kenduri. Yang pasti, zaman itu adalah zaman semua masih lagi teruna dan bujang. “Nak gi makan gulai masa mana esok? Gerak sekali la.” Soalan yang pasti Muzakkir akan tanya jika ada jemputan kenduri. Ketika zaman kegemilangan dia sebagai teruna, jarang sekali dia akan terlepas mana-mana jemputan kenduri. Yang pasti juga, jarang sekali dia akan pergi seorang diri. Pasti berteman. Untung berteman dengan Muzakkir, dia akan sediakan hadiah yang berbalut rapi untuk cenderamata kepada tuan rumah. Aku dan Bakari akan menumpang hadiahnya. “Hadiah sek kawe 3 orang.” Kata Bakari kepada tuan rumah. Jika kenduri arah timur, maka tempat berkumpulnya di rumah Muzakkir. Bakari akan datang dari Kg. Simpul Berlubang, aku pula datang dari Pasir Mas. Masing-masing akan parkir di rumah Muzakkir dan kami akan bergerak dengan satu kereta. Jika kenduri arah barat, maka yang pastinya Bakari akan menunggu kami berdua untuk

ASAL USUL KG. SIMPUL BELUBANG

Cuaca mendung sepanjang perjalanan hari ini. Dari Pasir Mas hingga Sg. Siput cuaca mendung. Sinar matahari nampak terhalang oleh awan yang tebal. “Kawe gerak awal esok. Takut jammed.” Kata Bakari. Bakari anak jati Machang, Kelantan tetapi berkhidmat di Pulau Pinang. Masa cuti sekolah sahaja baru boleh nampak kelibat Bakari di bumi Machang. Semalam, sempat juga bersua dengan Bakari walau sebentar. Bakari dari Kg. Simpul Belubang. “Mil, demo nak tahu nama kampung kawe?” Tanya Bakari pada aku. Dialog yang mencecah 17 tahun lamanya dahulu masih aku ingat. “Tahu Yi. Sebab kampung demo tu banyak jalan-jalan yang berlubang.” Teka aku. Nama kampungnya adalah Kg. Simpul Belubang. “Salah. Bukan Mil. Teka lagi.” “Sebab kampung demo ada tali besar, lepas tu orang buat simpulan yang berlubang dekat tali.” Aku meneka buat kali kedua. Aku sudah kehabisan idea kenapa dinamakan Simpul Belubang. “Salah! Teka lagi Mil.” Bakari tersenyum bila jawapan aku tidak menepati jawapan sebenarnya. “Payah Yi nak te

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2024

“Demo nak tahu tak, hari ni kawe berebut pensel warna dengan anak kawe. Sebabnya kawe nak mari mewarna di sekolah hari ni.” Kata Amin dengan tangan kanannya mengangkat kotak pensel warna berjenama Stabilo. “Kawe rasa, demo boleh menang hari ni. Pengorbanan demo besar. Pengorbanan demo dan anak demo.” Zikri memberi semangat. Amin nampak berkobar-kobar. Sudah terbayang dia akan menaiki pentas untuk menerima hadiah. “Johan pertandingan mewarna bagi kategori guru, dimenangi oleh… Ustaz Amin!” Bergema dewan mengumumkan keputusan johan mewarna. Mungkin ini yang terbayang di benak fikiran Amin. Amin mula mewarna lakaran di atas kertas. Seorang yang berseni. Setiap kombinasi warna yang digunakan nampak sepadan. Dalam dirinya terpendam bakat sebagai seorang guru seni. Di sekolah, pagi ini adalah aktiviti pertandingan mewarna yang terbuka kepada guru dan murid bersempena bulan kemerdekaan. Walaupun sudah melepasi tarikh 31 Ogos, tetapi bulan kemerdekaan masih belum dirasmikan penutupannya. Tidak

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 4

Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali. “Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek. “Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak. “Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi. Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari. Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singga