Skip to main content

Posts

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 3

Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali. “Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek. “Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak. “Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi. Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari. Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singga

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 2

Dari Batu Melintang sampai ke Gerik, Honda Type R berada rapat di belakang kereta aku. Rasanya ini kali pertama aku bawa kereta laluan Gerik - Kelantan dengan tidak tenang. Mata, tangan dan kaki main peranan di tahap maksimum. Aku potong, dia potong. Sesekali dari cermin pandang belakang aku tengok dekat selekoh pun dia potong. Lepas potong terus saja dia pecut menghampiri belakang kereta aku. Tak mahu berenggang walau sebentar. Dia memang berani. Kecil tapi berani. Itulah Pok Cek. Dari Sg. Lebey, sudah boleh nampak puncak Gunung Kenderong. Puncak Gunung Kenderong pada ketika itu kelihatan warna kelabu dek hujan lebat yang turun. Tunggu masa dan ketika sahaja untuk hujan sampai yang ketika itu sedang menuju ke arah sini. Aku memberi signal ke kanan dan memasuki perkarangan Masjid Nurussalam. Pok Cek masih setia mengikuti dari belakang. Ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya. Teramat lebat. Masjid Nurussalam adalah masjid yang mesra musafir. Tandas yang selesa. Ruang solat yang sel

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 1

Perjalanan dari Pasir Mas ke Sg. Siput pada hari ini tidak begitu sunyi. Berteman dengan Honda Civic Type R sepanjang perjalanan dari Jeli hingga ke penghujung Gerik. Pertemuan yang separa dirancang. “Masa mana bertolak Cek?” Tanya aku pada Baihaqi melalui aplikasi Whatsapp. Namanya Baihaqi. Dekat bandar orang panggilnya dengan nama Bai. Dalam kalangan keluarganya mesra dengan panggilan Aki. Dalam kalangan kawan-kawan sekolahnya dikenali dengan nama Pok Cek. Orangnya kecil pada suatu ketika dahulu dan mungkin sebab itu dia mendapat nama panggilan Pok Cek. ‘Tengah hari kot. Mu masa mana?’ Balas Cek. ‘Aku dekat-dekat Zohor macam tu la.’ ‘Okay. Jumpa dekat Jeli.’ Jumaat lepas aku nampak status Cek di Whatsapp. Cek memuat naik sekeping gambar ketika berada di Hentian Perah. Apa yang dirancang menjadi. Jodoh pertemuan adalah di Stesen Minyak Petronas Jeli. Cek sampai dengan begitu bergaya. Honda Civic 2.0 Type R betul-betul berhenti di tepi kereta aku. Dia menurunkan cermin dan senyumannya

SG. SIPUT, GERIK, PASIR MAS

Sudah sebulan lebih aku berulang dari Perak ke Kelantan. Dari Sg. Siput ke Pasir Mas mengambil masa 4 jam 30 minit. Ada perlu lajak sampai ke 5 jam atau 5 jam setengah. Kalau sudah masuk jalan bukit, bermula dari Sg. Lebey, masa yang diambil lebih kurang sejam setengah untuk sampai di Batu Melintang. Sg. Siput - Gerik : 1 jam 30 minit Gerik - Batu Melintang : 1 jam 30 minit Batu Melintang - Pasir Mas : 1 jam 30 minit Jumlah keseluruhan : 4 jam 30 minit. Ini perjalanan menggunakan kenderaan melata empat roda. Baru sekali aku menunggang motosikal dari Perak ke Kelantan. Laluan yang sama cuma mengambil masa selama 4 jam. Kenapa jimat masa? Bukan sebab motor laju. Tapi sebab motor tak perlu nak beratur panjang di belakang lori dan juga treler. Kalau naik kereta, pernah saja Honda Civic Ketam potong aku di laluan lorong memotong. Selama lebih 15 minit dia cucuk belakang kereta aku disebabkan tidak berani untuk memotong di laluan berbukit. Sampai lorong memotong, aku memberi isyarat untuk b

KURSUS DI TAIPING - PART 2

Selesai sudah bengkel di Taiping minggu lalu. Selama 3 hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang berada di sebuah sekolah menengah di Taiping. Sekolah yang semuanya perempuan. Selama 3 hari pemerhatian, kesimpulannya sekolah yang pelajarnya perempuan ini tenang dan sunyi. Tidak ada riuk pikuk suara menjerit ataupun berteriak macam orang kena histeria. Teringat aku pada ayat Ustaz Sabri ketika mana kelas Bahasa Arab di sekolah dulu. “Ana mengajar di kubur ke ni?! Semua senyap. Haa?!” Nama popular Ustaz Sabri ketika itu adalah Ustaz Sob. Hampir setiap kali kelas Ustaz Sabri, pelajar akan berakhlak dengan akhlak yang paling mulia. Kepala kalau boleh hendak tunduk sampai melepasi paras meja. Risau jika mata bertentang mata dengan Ustaz Sabri. Jelingan dan pandangannya tajam dan tajamnya itu boleh menyiat-nyiatkan hati. Pedih tapi tiada kelihatan lukanya. Pernah satu kali, Ustaz Sabri mengarahkan supaya dibuat salinan set soalan yang salah dalam peperiksaan. 1 soalan yang salah, kena s

KURSUS DI TAIPING - PART 1

Kali ini bukan kali yang pertama. Mungkin kali keenam atau kali ketujuh sampai di Taiping. Terakhir sampai di Taiping, hujan mengiringi aku pulang yang ketika itu mengenderai motor. “Mil, kalau geng Harley Davidson, mereka tak pakai baju hujan kalau ride. Biar la hujan lebat tara mana pun.” Aku teringat kata-kata Seli, seorang rider Harley Davidson. Jadi, aku cuba berlagak dan membayangkan aku sedang menunggang Harley Davidson. Aku tinggalkan hujan di belakang. Jauh! Nampak di cermin pandang sisi, awan gelap yang sarat dengan air seolah-olah mengejar aku. Hari ini, aku sampai di Taiping lagi. Bukan lagi dengan motor. Tapi dengan motokar yang berbumbung. Keputusan aku tepat. Hujan turun sebaik sahaja aku memasuki daerah Taiping. Walaupun seminggu lepas, tular yang tasik di Taman Tasek dekat Taiping kering disebabkan lama tidak hujan. Hari ini, tasik yang kering itu sudah kembali dipenuhi air. Kuasa Allah. Dia sahaja yang boleh menentukan di mana hujan akan turun. Kali ini, 3 hari aku be

PJJ : ANAK KEDUA PART 3

Kereta terus meluncur laju melalui lebuhraya Gambang-Segamat. Baru sejam lebih yang lalu aku melalui jalan ini. Cuma tadi menghala ke Segamat, kali ini menghala pula ke Gambang. Hatim yang dari tadi sudah menunjukkan reaksi bingung kerana masih tak sampai ke rumah. “Abah nak gi mana?”, tanya Hatim dengan pelat kanak-kanak. Bulan Disember nanti, genap usia Hatim 4 tahun. “Nak pergi rumah tok ma. Nak balik kampung”, jawab aku. “Kenapaaa…?” Bunyi ‘a’ dekat belakang tu sengaja dia tarik panjang. Huruf ‘p’ pula seakan ada sabdu. Bunyi macam mengada. Kalau orang dewasa yang buat, boleh dipanggil gedik. “Hatim tak nak balik kampung. Hatim nak duk Muadzam. Hatim nak main mainan”, sambung Hatim. Kadang aku tak perasan bila Hatim petah berbicara. Jumpa sekali seminggu. Sedar-sedar, banyak pula kena jawab soalan dia. Jalan Muadzam - Segamat ni sudah elok dan tidak berkawah berbanding 3 tahun yang lepas. Banyak yang sudah diturap dengan tar baharu. Dari Muadzam, sepanjang 30 kilometer jalan cuma d