Skip to main content

Posts

AMIN BERBAJU MERAH

Dari 7.30 pagi sampai pukul 11.50 pagi, Amin asyik mundar-mandir dalam bilik guru. Hari ini nampak hari yang begitu sibuk bagi dirinya. Kakinya tidak henti melangkah berjalan dalam bilik guru. Seketika dia duduk di kerusinya sambil menghadap komputer riba merahnya. Komputer riba yang boleh dikategorikan sebagai usang dan purba. Papan kekunci ditekan berkali-kali. Makin laju ditekan, makin nampak sibuk dan serabutnya dia. Sesekali kedua tangannya memegang kepala seolah-olah tidak mahu kepalanya meletup. Arghhh… Songkok yang dipakai sudah hilang entah ke mana. Dahinya berkerut. Kemudian dia bangun dan menuju ke meja printer di hujung sana. Kedua tangannya mencekak pinggang menanti kertas untuk siap dicetak. Dia menanti dengan penuh sabar untuk setiap helaian kertas siap dicetak. “Min, nampak sibuk hari ini. Okay ke tu?” Aku memberanikan diri untuk bertanya. Amin diam. Soalan yang ditanya sepi tanpa jawapan. “Min… o… Min. Okay ke tu?” Sekali lagi aku bertanya. Deru angin dari kipas jenam

AMIN DAN KOPIAH MERAH

  “Mil, ambik gambar kawe la. Kawe pakai kopiah baru malam ni.” Pinta Amin (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tiba di gelanggang futsal. Malam ni kebetulan ada perlawanan persahabatan futsal antara pasukan sekolah dengan pasukan luar. “Smart Min kopiah demo. Di sekolah tadi kopiah bentuk sama, cuma warna hijau. Malam ni kopiah merah. Memang masuk dengan warna baju melayu demo Min.” Aku kagum dengan penampilan Amin sejak masuk bulan Oktober. “Aaaa… demo. Kawe ada belaka warna kopiah. Boleh masuk semua dengan warna baju kawe,” akui Amin. Kalau dulu, penampilannya bersongkok hitam dengan janggut lebat. Tiba Oktober, songkok telah ditukar kepada kopiah. Beraneka warna. Kalau sekali pandang, wajah Amin ada iras wajah Ebit Lew. Dua kali pandang, dah jadi Fatah Amin. “Min, duk tepi court sikit. Biar ada gaya coach. Coach pakai kain pelikat berbaju melayu!” Aku merakam gambar Amin. “Kacak Min. Nanti kawe masuk gambar demo dalam group. Boleh cikgu bujang tengok gambar demo sebelum tidur malam n

DERITA ORANG TIDAK SAMA

  Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Hingga ke petang baru nampak awan gelap bergulung memenuhi langit di Kg. Kelimat. Angin mula bertiup laju menerbangkan daun-daun kering. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang sebaik saja mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Futsal Negeri Perak berakhir. “Mil, nak minta tolong demo hantar kawe ke Dato Sagor kejap lagi,” pinta Zikri (bukan nama sebenar). Dato Sagor adalah nama sebuah kampung. Selang beberapa kampung dari Kampung Kelimat. “Boleh Yi. Ada kerja apa dekat Dato Sagor?” Tanya aku. Dato Sagor adalah sebuah kampung yang jauh ke dalam. Jalan menujunya dikelilingi oleh pohon-pohon sawit. Jika malam, jalannya sungguh gelap dan jarang sekali ada kenderaan yang lalu-lalang. “Kawe nak ambil motor yang kawe baiki haritu. Dah siap. Kena pergi ambil hari ini,” jawab Zikri. Motor Zikri memang sudah berbulan rosak. Sepanjang motornya rosak, dia cuma menumpang kereta cikgu-cikgu lain untuk pergi ke sekolah. Rumahnya memang dekat dengan jalan

TOKO TEJA TANPA BOS

  Turun awal hari ini bila tengok ramalan cuaca hujan akan turun di Gerik sekitar jam 12 tengah hari. Cuaca sehari dua ini tidak menentu. Sukar diramal seperti emosi orang perempuan. Bila dengan motor, sebolehnya aku nak elak untuk meredah hujan sepanjang Jalan Raya Timur Barat. Bahu jalan yang sempit, jalan yang banyak selekoh, kiri kanan gaung adalah antara sebab yang menjadikan perjalanan dengan motor ketika hujan jadi bahaya. Tapi Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari Pasir Mas hingga Gerik, cuaca mendung. Bila semakin menghampiri Hentian Titiwangsa, tangan pula semakin sejuk. Pukul 1, aku sudah terpacak di depan Toko Kopi Teja. “Di, Bajigur satu.” Pesan aku pada salah seorang barista Toko Kopi Teja. “Okay. Balik dari Kelate ke?” Edi menyapa aku. “Ya, Di. Datang awal, risau hujan dalam bukit.” Jawab aku. Sudah beberapa kali aku singgah di kedai Teja dan Edi pun sudah cam aku. Sembang dengan dia pun macam sudah berkawan lama. Tapi, hari ini perasaan aku di kedai Teja tidak seceri

PEPINDAHAN CIKGU AISYAH

“Terima kasih buat rakan guru yang tak jemu membantu sepanjang cikgu di sini. Rakan-rakan cikgu lah keluarga cikgu di Perak ini.” Ucap Cikgu Aisyah. Nadanya sungguh sayu dan hiba. Hari ini adalah hari terakhirnya di sekolah. Dia sendiri tidak menyangka, permohonannya untuk ke Terengganu sudah diterima. Dari 2020 dia di Perak, tanggal 27 September adalah hari terakhir dia berkhidmat di sini. “Cikgu masih ingat lagi, ketika cikgu sarat mengandung… pukul 3, 4 pagi cikgu sakit perut, sahabat di sekolah ini yang menghantar cikgu ke hospital. Ketika itu suami cikgu berjauhan.” Luah lagi Cikgu Aisyah. Suaminya yang berada di depan turut tertunduk hiba. Sepanjang dia ditugaskan di Perak, dia sudah berjauhan dengan suaminya. Suaminya seorang usahawan tanah di Terengganu, dia pula seorang pendidik di Perak. Ujian suami isteri yang duduk berjauhan. Hilang tempat untuk seorang isteri bergantung secara dekat. Cikgu Aisyah tahu, dia perlu kuat. Suaminya, Aziz juga tahu, dia perlu banyak bersabar. Ya

VAN BURUK BERWARNA PUTIH

  Ini kali pertama aku jumpa seorang cikgu yang begitu ikhlas nak tengok muridnya maju dalam sukan bola sepak. Dia juga begitu obses dengan kejurulatihan bola sepak dan futsal. Dia peminat tegar Pep Guardiola. Ya, Pep Guardiola yang marah dan menendang kerusi pada perlawanan menentang Arsenal minggu lepas bila Calafiori menjaringkan gol penyamaan 1-1. Dia juga tidak pernah mengalah dan merasa lemah walau berkali-kali dimarah oleh pentadbir berkenaan hal ehwal bola. “Wardi, budak kamu la ni cedera. Sakit. Dia kata cedera sebab main bola. Kamu kenapa tak bawa dia pergi klinik?! Kesian warden yang kena hantar ke klinik pula.” Ayat ini selalu singgah di telinga Wardi ketika dia santai meminum teh o dengan biskut Hup Seng di bilik guru. Inilah rencah dan cabaran yang selalu dia hadapi. Jadual latihan bola sepak dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Empat hari. Habis sekolah pukul 3.40 petang, disambung pula dengan latihan bola sepak sehingga jam 6.30 petang. Setiap Selasa dan Rabu, a

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK 2024

“Budak ni, kalau dia lemah dalam pelajaran, tak semestinya dia lemah benda lain. “Sekolah kita ni… pelajarnya bukan cerdas sangat otak. Mil, dalam 5 buah sekolah agama dalam daerah, sekolah kita yang paling corot. Dah tak ada pilihan lain baru mereka pilih sekolah kita. “Saya rasa, kalau budak tak boleh dalam pembelajaran, kita cuba ‘channel’ dia untuk berjaya dalam sukan atau kokurikulum,” ujar Wardi memulakan mukadimah. Di depannya ada secawan air suam dan teh o panas. Ini adalah minuman yang biasa dipesan kalau berada di kedai makan. Wardi adalah orang lama di sekolah. Hampir 20 tahun dia berkhidmat di sekolah ini. Kebetulan, ayahnya adalah antara orang penting yang mengasaskan sekolah ini. Dari Sekolah Agama Rakyat, sekarang ini sudah bertukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan pandangannya. Memang betul, tak bermakna jika seseorang lemah dalam pelajaran, bidang lain pun dia turut lemah. Kalau semua orang bijak pandai, nanti siapa