Dari 7.30 pagi sampai pukul 11.50 pagi, Amin asyik mundar-mandir dalam bilik guru. Hari ini nampak hari yang begitu sibuk bagi dirinya. Kakinya tidak henti melangkah berjalan dalam bilik guru. Seketika dia duduk di kerusinya sambil menghadap komputer riba merahnya. Komputer riba yang boleh dikategorikan sebagai usang dan purba. Papan kekunci ditekan berkali-kali. Makin laju ditekan, makin nampak sibuk dan serabutnya dia. Sesekali kedua tangannya memegang kepala seolah-olah tidak mahu kepalanya meletup. Arghhh… Songkok yang dipakai sudah hilang entah ke mana. Dahinya berkerut. Kemudian dia bangun dan menuju ke meja printer di hujung sana. Kedua tangannya mencekak pinggang menanti kertas untuk siap dicetak. Dia menanti dengan penuh sabar untuk setiap helaian kertas siap dicetak. “Min, nampak sibuk hari ini. Okay ke tu?” Aku memberanikan diri untuk bertanya. Amin diam. Soalan yang ditanya sepi tanpa jawapan. “Min… o… Min. Okay ke tu?” Sekali lagi aku bertanya. Deru angin dari kipas jenam
melakar apa yang minda sering kusut