DERITA ORANG TIDAK SAMA

Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Hingga ke petang baru nampak awan gelap bergulung memenuhi langit di Kg. Kelimat. Angin mula bertiup laju menerbangkan daun-daun kering. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang sebaik saja mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Futsal Negeri Perak berakhir. “Mil, nak minta tolong demo hantar kawe ke Dato Sagor kejap lagi,” pinta Zikri (bukan nama sebenar). Dato Sagor adalah nama sebuah kampung. Selang beberapa kampung dari Kampung Kelimat. “Boleh Yi. Ada kerja apa dekat Dato Sagor?” Tanya aku. Dato Sagor adalah sebuah kampung yang jauh ke dalam. Jalan menujunya dikelilingi oleh pohon-pohon sawit. Jika malam, jalannya sungguh gelap dan jarang sekali ada kenderaan yang lalu-lalang. “Kawe nak ambil motor yang kawe baiki haritu. Dah siap. Kena pergi ambil hari ini,” jawab Zikri. Motor Zikri memang sudah berbulan rosak. Sepanjang motornya rosak, dia cuma menumpang kereta cikgu-cikgu lain untuk pergi ke sekolah. Rumahnya memang dekat dengan ja...