PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2024
“Demo nak tahu tak, hari ni kawe berebut pensel warna dengan anak kawe. Sebabnya kawe nak mari mewarna di sekolah hari ni.” Kata Amin dengan tangan kanannya mengangkat kotak pensel warna berjenama Stabilo. “Kawe rasa, demo boleh menang hari ni. Pengorbanan demo besar. Pengorbanan demo dan anak demo.” Zikri memberi semangat. Amin nampak berkobar-kobar. Sudah terbayang dia akan menaiki pentas untuk menerima hadiah. “Johan pertandingan mewarna bagi kategori guru, dimenangi oleh… Ustaz Amin!” Bergema dewan mengumumkan keputusan johan mewarna. Mungkin ini yang terbayang di benak fikiran Amin. Amin mula mewarna lakaran di atas kertas. Seorang yang berseni. Setiap kombinasi warna yang digunakan nampak sepadan. Dalam dirinya terpendam bakat sebagai seorang guru seni. Di sekolah, pagi ini adalah aktiviti pertandingan mewarna yang terbuka kepada guru dan murid bersempena bulan kemerdekaan. Walaupun sudah melepasi tarikh 31 Ogos, tetapi bulan kemerdekaan masih belum dirasmikan penutupannya. Tidak...