PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 4

Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali. “Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek. “Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak. “Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi. Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari. Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singga...