Berurusan Dengan Manusia
Ada segolongan manusia, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka berbuat baik pula dengan kita. Ada pula golongan yang apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka tidak berbuat baik dengan kita. Seorang ulama berkata: والسعادة في معاملة الخلق أن تعاملهم لله فترجو الله فيهم ولا ترجوهم في الله، وتخافه فيهم ولا تخافهم في الله، وتحسن إليهم إليهم رجاء ثواب الله لا لمكافئتهم، وتكف عن ظلمهم خوفا من الله لا منهم "Kebahagian dalam berurusan dengan makhluk Allah adalah dengan berurusan dengan makhluk KERANA ALLAH dengan mengharapkan Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan mengharapkan makhluk ketika berurusan dengan Allah. Takut kepada Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan takut kepada makhluk ketika berurusan dengan Allah. Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk. Tidak menzalimi makhluk kerana takut kepada Allah, bukan kerana takut kepada makhluk" [Majmu' Al-Fata...