Skip to main content

Potential Arsenal Lineup for the Weekend Clash With Manchester United



Jangan risau. Entry dalam Bahasa Melayu. Tajuk je yang kemain nampak gempak dalam bahasa inggeris. Haha. Semangat yang berkobar sebagai peminat setia Arsenal tu perlu ada untuk menentang musuh tradisi malam esok. Man United mungkin akan menjadi mangsa kekejaman Arsenal. Mungkin je. Fan Man Utd jangan nak panas pula. Bagi chance sikit dekat fan Arsenal. Fan Man Utd kena ingat, Man Utd bakal dirobek dan diratah ibarat kambing golek. Aummmm... Hahaha.


Penjaga Gol

Tak lain tak bukan. Ospina semestinya akan mengambil tugas untuk menjaga gawang gol Arsenal. Sejak Ospina fit, nampaknya Ospina sudah mengambil alih tempat Shezni yang selama ini tampak angkuh dengan gambar selfienya. Wenger hanya memberikan Shezni beraksi untuk piala FA. Ya, esok Ospina akan beraksi tanpa ragu.


Defender

Mengikut perkiraan aku. Wenger akan menggunakan defender favouritenya buat sekarang ini. Favourite Wenger sekarang ini adalah:-

Bellerin - Mertesacker - Koscielny - Monreal

Cuma, favourite aku sedikit lain daripada Wenger. Aku nampak Arsenal lebih kuat sekiranya Paulista main di posisi Mertesacker. Mungkin Wenger tengah menunggu masa yang sesuai untuk menerima pandangan aku ini. Haha. Come on you Wenger.

Midfielder

Midfielder ni pemain yang wajib Wenger kena letak adalah Coquelin. Ternyata dan sudah terbukti yang Coquelin memang memberikan kesan yang begitu besar terhadap Arsenal. Bangga aku katakan yang Coquelin memang Defensive Midfielder yang terbaik Arsenal ada buat sekarang ini.

Cazorla, Ramsey, Ozil dan Sachez diharap dapat bermain dengan prestasi yang tertinggi menentang Man Utd esok. Harap - harapnya moral mereka tengah tinggi untuk mengalahkan Man Utd dengan penuh hina. Harap Arsenal tak lupa sejarah mereka dibelasah dengan lapan jaringan gol oleh Man Utd. Sematkan peristiwa itu dalam hati, moga - moga Arsenal akan kekal bersemangat. Haha.

Cazorla - Coquelin - Ramsey - Ozil - Sanchez

Forwards

Nampaknya Arsenal hanya akan menurunkan seorang sahaja yang bermain di posisi penyerang. Ini hanya analisa peribadi aku. Jangan begitu yakin. Wenger dijangka akan menurunkan Giroud sebagai penyerang tunggal. Korang jangan asyik kutuk Giroud ni kayu. Ternyata dia bukan sebarang kayu. Kurang - kurang ni kayu Chengal Jati. Keras dan berjasa. Jangan main - main dengan Giroud. Pernah mendapat anugerah Player of the Month daripada Barclays.

Giroud

So, esoknya harap - harap Giroud dapat memberikan habuan buat Arsenal. Walaupun ramai fan Arsenal yang sangsi dengan prestasi dan ketajaman Giroud, harap abang - abang fan Arsenal ni jangan lebih emosi pula nanti. Giroud ni bagi aku memang bagus daripada fizikal. Jika dia dapat control speed dan lincah dalam kawasan kotak penalti, sudah pasti harganya di pasaran akan melonjak tinggi.

So, fans Arsenal bersiap sedia ye esok. Siap dari segi mental dan fizikal. Bijakkan diri untuk mengawal emosi dan minda untuk terus bersabar jika Arsenal kalah dan diprovok oleh fan Man Utd. Mungkin mereka - mereka ini akan menjadi mangsa dekat kedai mamak.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google