Berurusan Dengan Manusia



Ada segolongan manusia, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka berbuat baik pula dengan kita.

Ada pula golongan yang apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka tidak berbuat baik dengan kita.

Seorang ulama berkata:

والسعادة في معاملة الخلق أن تعاملهم لله فترجو الله فيهم ولا ترجوهم في الله، وتخافه فيهم ولا تخافهم في الله، وتحسن إليهم إليهم رجاء ثواب الله لا لمكافئتهم، وتكف عن ظلمهم خوفا من الله لا منهم
 
"Kebahagian dalam berurusan dengan makhluk Allah adalah dengan berurusan dengan makhluk KERANA ALLAH dengan mengharapkan Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan mengharapkan makhluk ketika berurusan dengan Allah.

Takut kepada Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan takut kepada makhluk ketika berurusan dengan Allah.

Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk.

Tidak menzalimi makhluk kerana takut kepada Allah, bukan kerana takut kepada makhluk"
[Majmu' Al-Fatawa 1/51]

Orang yang sebegini pasti tidak akan sedih dan kecewa dalam setiap urusannya dengan manusia yang lain.
Semoga Allah jadikan kita sentiasa dalam golongan yang bahagia.

Copy & Paste dari ARAR
(ARAR adalah singkatan kepada nama penuh Abdul Rahman..., seorang senior dan merupakan calon Phd dalam bidang hadis di Uni Islam Madinah)

--------------------

Sungguh, antara sebab Allah jadikan manusia dalam pelbagai bentuk, rupa dan perangai adalah untuk memudahkan urusan manusia di atas bumi ini. Tidak ada manusia yang mampu berdiri seorang diri di atas dunia ini tanpa pertolongan daripada manusia lain.

Anak yang kecil kalau dibiarkan oleh ibu yang melahirkannya tanpa makan dan tanpa minum, mana mungkin dia boleh hidup menjadi seorang kanak - kanak seterusnya menjadi dewasa. Itulah fitrah yang dijadikan oleh Allah.

Jadi, adakah kita mahu sombong sesama manusia yang lain? Mahu sombong dengan jiran tetangga kita? Mahu sombong dengan guru dan juga kawan - kawan kita? Sombong itu tidak kemana. Berlagak dan ego itu pun tidak kemana. Semuanya akan merugikan diri kita sendiri.

Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk.

Comments

  1. manusia xsemua hati sama.. ada juga yg balas baik dan sebaliknya tp nina lebih suka berbuat baik kpd haiwan walaupun xpandai berterima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun