Sudah Lupakah Tentang Rohingnya?
Penghulu Hari
Jumaat yang indah dan lagi permai moganya. Harapnya segala urusan dipermudahkan di penghulu hari dan juga di hari - hari yang akan mendatang. Syukur di atas segala bentuk nikmat yang kita perolehi sejak dari kita lahir di dunia hinggalah sekarang ini. Mungkin ada antara nikmat yang kita perolehi itu telah pun kita lupa. Mungkin?
Menjadi manusia adalah bukan pilihan kita, tapi ianya adalah satu rancangan yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa. Tapi, ketahuilah oleh kita yang hidup ini semuanya berkisar tentang pilihan. Kita diberi kuasa untuk memilih. Mahu pilih pahala atau pun dosa. Mahu pilih bahagia atau pun sengsara. Semuanya di tangan kita. Cumanya ianya tidak secara mutlak atau keseluruhannya.
Rohingnya
Sudah lupakah kita dengan isu Rohingnya? Oh lupa. Masyarakat kita punya semangat yang tidak menentu arahnya. Corak dan alunan semangat itu tidak dapat dibaca dengan tepat. Selalu bergerak secara rawak. Tidak konsisten dan malar. Lantak diorang lah, asalkan rumah aku selamat, asalkan aku cukup makan tiap - tiap hari. Tak begitu? Apa kaitannya diaorang dengan aku? Entah datang dari mana, tiba - tiba datang meraih simpati.
Seseorang itu tidaklah dikira beriman kepada Allah dan Rasul s.a.w sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Dan saudara di sini bukanlah khusus untuk saudara kandung dari pertalian darah yang sama, tetapi ianya merujuk kepada saudara atas pegangan akidah yang sama. Agama Islam. Agama yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah.
"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya."
Isu besar.. Tak mampu kita org persendirian ni nk bantu . Doa tak putus buat keselamatan mereka. Moga selamat, dot bantuan makanan dan air bersih utk minum.
ReplyDeleteHurm.. Kalau dorang masuk rasanya ramai dorang akan terjah area umah kaklong ni. Dkt bwh2 umah kaklong ni beberapa flat penuh dgn org rohingnya. Batch pertama yg dibawa masuk dulu tu kerja pasar borong sini. Makanya sedara mara dorang yg dtg masuk lps2 tu smua duk sini, berniaga jual sarapan dan juadah berbuka .. Mmg banjir dgn org2 sana area umah kaklong ni.
Dulu masa lum kenal keliru juga org kita ke? Wajah mereka lbh kurang je ngan kita, manis bertudung sopan pakaiannya. Setakat ni walau ramai mereka tak buat jenayah mcm sedara kita yg seberang tu.