Piala FA 2015 Bukan Milik Kelantan



Seperti yang diramalkan oleh Anuar Musa yang Piala FA tahun ni bukannya dalam rangkulan The Red Warriors. Tekaan yang dibuat oleh Anuar Musa berdasarkan analisis dan faktanya memang betul – betul menjadi realiti. Satu realiti dan juga satu kekecewaan buat peminat tegar TRW.

Rilek brader – brader semua. Sokongan brader – brader semua memang terbaik. Penuh Stadium Bukit Jalil dengan baju yang berwarna merah. Aku pun pelik, yang pakai baju merah pun ada yang sokong Lion.  Menang kalah itu adat pertandingan. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang menghubungkan jalan kepada munculnya semangat kesepaduan antara rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan latar belakang politik. Syabas dan tahniah.

Harapnya fans Kelantan sudah matang sikap dan perangainya dalam menjadi seorang fans TRW yang sejati. Harap tragedi bakar trak atau pun tragedi bakar stadium seperti fans Terengganu baru – baru ini tidak berulang. Tapi, apa yang kecewa lagi adalah Piala FA buat sulung kalinya dibawa pergi dari bumi Malaysia. Singgah sebentar di negara jiran. Tak apa, bagilah kat piala tu honeymoon sambil bercuti kejap.

Corak permainan Kelantan sudah ternyata banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol namun bukan rezeki yang ditetapkan oleh Allah. Pasrah dan reda je lah. Kalah dengan 1 – 3. Jaringan tunggal Kelantan hanya dijaringkan oleh Wan Zack Haikal. Mungkin ramai yang menyalahkan Pok Nik, defend Kelantan atas kekalahan ini. Mana tidaknya, 2 gol pertama yang disumbat oleh Lion ternyata kesilapan daripada Pok Nik. Gol kedua memang jelas dan ketara kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh Pok Nik. Tapi, tak mengapa. Jadikan ianya sebagai suatu pengalaman.

Selain itu, terima kasih kepada MB Kelantan kerana mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa. Ternyata, MB begitu prihatin dengan rakyatnya. Tidak menjadikan para musafir dari bumi Kelantan ini tergesa – gesa untuk pulang ke kampung halaman. Ada masa, ruang dan waktu untuk bersenang - senang sebelum bertolak pulang.


**Aku tengok match final ni, ternyata aku ada perasaan geram terhadap pemain import, Gilmar dan Carrilo kerana banyak mensia – siakan peluang di hadapan pintu gol. Bengang kot. Hahaha…

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun