Dipotong 15 dan Dihumban ke Dalam Mangkuk Tandas, Apa Salah Saya Ibu?
Allahuakbar. Terkejut bila tengok tajuk akhbar hari ini.
Manusia sudah kembali ke zaman jahiliyah dah agaknya. Bahkan mungkin lebih
teruk dari zaman umat yang terdahulu. Bayangkan bayi tanpa dosa dibunuh dan
dibuang ke dalam mangkuk tandas. Tak cukup dengan bunuh, siap dipotong – potong
lagi. Macam mak – mak potong tembikai dah. Tak ada perasaan ke manusia zaman
sekarang ini? Makin maju manusia dengan teknologi, makin jauh dan hilang sifat
kemanusiaan dalam diri mereka.
Kita renung balik zaman umat yang terdahulu. Kalau zaman
Nabi Musa, bayi lelaki akan dibunuh tanpa banyak soal. Zaman jahiliyah sebelum
Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasulullah, bayi perempuan ditanam hidup –
hidup. Zaman sekarang, bayi tanpa mengira status jantina dibunuh tanpa
perasaan. Bahkan manusia lebih jahat sehingga tergamak memotong – motong bayi
tersebut dan disumbat di dalam tempat yang hina di muka dunia ini. Lubang
jamban!
Taraf najiskah seorang bayi yang tidak berdosa sehingga
perlu dihumbannya ke dalam mangkuk tandas? Hakikatnya beginilah realiti yang
Malaysia sedang laluinya sekarang. Masalah sosial yang sudah menjadi begitu
bebas dan sukar untuk dibendung lagi. Tapi yang hairannya, pihak berwajib
seringkali mewar – warkan yang kadar jenayah dan masalah sosial di negara kita
semakin menurun dari tahun ke tahun. Hairan bin ajaib sungguh kan? Mungkin
betul juga. Kadar jenayah semakin turun, tapi level jenayah yang dilakukan
semakin ngeri dan kejam.
Tak tahu apa yang sebenarnya si pelaku yang melakukan
perkara ini ini mahu. Kalau tak mahu anak tersebut, jangan bunuh. Bagi je dekat
sesiapa. Buat macam filem dan drama Melayu. Tinggalkan bayi tersebut di hadapan
rumah – rumah jiran. Rumah tok imam lagi baik kan? Hehe. Perbuatan ibu tersebut
memang aku tak dapat nak menerimanya dengan akal yang waras. Hanya yang gila,
ataupun sejenis binatang yang belum dikenal pasti spesisnya lagi sahaja yang
sanggup melakukan perkara yang sedemikian rupa. Terkutuk. Kejam.
P/S: Sedang kita bersungguh mengambil berat tentang saudara
Rohingnya, sesungguhnya berita ini memang mengecewakan kita.
Zalim.....tak boleh nak komen apa2 lagi..bila anak adam sudah hilang pertimbangan,,,bila nafsu mengatasi iman..semoga Allah lindungi anak syurga ini...
ReplyDeleteNak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html
xtau nak ckp ape bile tgok berite ni..klau takut...xnak baby tu..tolong tinggalkan depan pintu rumah orang..atleast baby tu hidup...manusia klau terdesak buat ape pun sanggup...sedih tgok
ReplyDeleteKaklong x baca pun. Tak mampu baca dan tak mampu nk bygkan bahagian mana yg dikerat2 smpi jd 15
ReplyDeletetak boleh nk baca seriau nk tgk sedih kisah nie... sedih dgn situasi yg sgt membimbangkan.... 10 thn akan dth xtau macamana...
ReplyDelete