Skip to main content

segmen : WRFW ! (walk,review,follow,win)

nak tahu lebih lanjut klik gambar segmen ni.


ini adalah entry segmen. dah berzaman rasanya aku tak join segmen. tapi.. tengok segmen ni macam menarik je.. 4 dalam 1. siap ada hadiah lagi.. so, aku harap random.org pilih aku untuk jadi pemenang..haha

lepas tu dia suruh tag  2 orang. yang part ni aku rasa serba salah je.. memandai nak tag orang kan..?macam la orang nak join segmen menyegmen ni..menyampah je..haha.jadi, aku nak tag orang yang baik hati dan caring je.. malahan mustahil dia nak marah aku..

mama..saya tag mama..boleh kan..? mama maszull dan sorang lagi nak tag seorang yang caring dan daring.. ayah su.. saya tag ayah su ni..boleh kan..?hehe.. laman ayahsu. mama dan ayah jangan marah ye.

Comments

  1. segmen ?? haha.. ok gud luck HJ..

    ReplyDelete
  2. 4 in 1.. makin hebat style segment ni :D

    ReplyDelete
  3. smoga brjaya!

    eheh..

    bole kongsi2 hdiah nnt.haha

    ReplyDelete
  4. toing toing toing...nak main tag gak laaa ;p

    ReplyDelete
  5. me pun dah lame tak join any segmen or GA...busy laaaa... hehe

    ReplyDelete
  6. good luck, HJ.

    mana tau dari cuba2 leh jadi pemenang. :)

    ReplyDelete
  7. rajinnya join segmen.. heee pape pun.. good luck ye :)

    ReplyDelete
  8. hye ^^
    thanx sebab sudi join :)
    susah ke nak tag orang lain ? sorry, tak berniat nak mnyusahkan . cuba nak meriahkan segmen je -.-

    ReplyDelete
  9. gud luck..

    gandingan mantap ayah n mama.. hehehe

    ReplyDelete
  10. hoho join jgk ye slmt bersegmen. hihi.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum H.J....mekacih sbb tag mama yer....mama x kisah pun kalau H.J nak tag segmen kat mama...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci