Skip to main content

makna di sebalik hari raya aidil adha

korang tahu tak kenapa hari raya korban dipanggil hari raya aidil adha..? serius.. baru baru ni je aku baru tahu sebab apa hari raya korban dinamakan dengan hari raya aidil adha..bukan dengan nama aidil zaquan..haha

adha kat sini adalah merujuk kepada waktu dhuha. dimana yang lazimnya, penyembelihan binatang korban akan dilakukan pada waktu ini. itulah maksudnya.. aidil tu korang mesti dah tahu kan..? aidil bermaksud hari raya.. adha tu waktu dhuha. jadi, combinenya "hari raya pada waktu dhuha"..

korban yang dilakukan pada hari raya aidil adha adalah dengan menyembelih binatang korban (bahimatul an'am - unta, lembu, kambing) dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. kebanyakan ulama' menyatakan yang binatang korban adalah dalam kalangan yang tiga ini..

tetapi salah sorang ulama' iaitu Ibn Hazm mengatakan yang binatang korban ini adalah semua binatang yang boleh dimakan dagingnya termasuk jenis burung - burung yang berterbangan di awan biru.. hukum korban ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti sunat muakkad, wajib, fardu kifayah dan juga fardhu ain..

ni kambing yang sudah siap masak


**tetiba je cakap pasal raya korban..padehal lambat lagi kan..?
**kalau korang dah tahu maksudnya..minta maaf la =.='

Comments

  1. Sedapnya tgk kmbing tu. Hihihi

    ehh thx gtau. Br tahu.

    ReplyDelete
  2. aishhh nape letak gmbar makanan.. kan ko dah buat aku rasa lapar nie.. huhu

    ReplyDelete
  3. sup kambing sedap!!!! *eh, ada kaitan ker??

    ReplyDelete
  4. Aku bru tau... Thanks HJ....

    Lg lapo aku...huhuhu

    ReplyDelete
  5. siyes baru taw jgk..yg taw kisah die je..pasal adha tu bru taw..mane H.J taw ni?

    ReplyDelete
  6. beriani makan time raya memang best!!...

    ReplyDelete
  7. baru ku tahu..thanks..ek..

    briani sedap makan waktu kenduri kahwin..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum H.J...wah info yg menarik n sedapnya nasi brayani tu...:)

    ReplyDelete
  9. gud info la H.J .. br tahu maksud sebenar dia :)

    tetiba mood raya datang .. hahaha

    ReplyDelete
  10. eh, baru tau jugak la ! terima kasih =)
    bila raya balik kelantan mesti berat badan naik. mana tak nya, asyek makan makan makan je !

    ReplyDelete
  11. mula2 baca tajuk..apsal pulak, raya lama lg..

    rupanya..ilmu!
    thanks, akak tak tau lg.

    ReplyDelete
  12. hee..aku pun baru tahu ni..:D

    Wahhh...time2 macam ni (waktu lunch) ko letak gambar beriyani kambing....lapar woo..haha~

    ReplyDelete
  13. eh? bolat bru tahu ia berkaitan dgn waktu dhuha.. (^^,)

    p/s: err..xmkn kmmbing.. egegege

    ReplyDelete
  14. Teringat masa makan kenduri jemaah umrah kat Mudzalifah.Makan nasi mendy dengan kambing.Perrrgghhh...

    ReplyDelete
  15. oh..biala da tahu pon..ape slhnye tlong ingtkan..hehe
    pss..x sbar nk brkorban ek?hehe

    ReplyDelete
  16. tinggi dan besar keberkatan dia kan dik ;)

    ReplyDelete
  17. rasa mcm sedap pulak tgk lauk tu.. bak sini sikit !

    ReplyDelete
  18. ouh...hari raya pada waktu dhuha.

    =D tak tahu lagi
    *jom amalkan solat dhuha tetiap hari jugak

    ReplyDelete
  19. hmmmm..takyah nak tunggu raya baru nak habaq..

    btw,thanks..baru laaa ni tau..

    ReplyDelete
  20. alamak..lupe plak..lapar plak nampak kambing tu..

    ReplyDelete
  21. nice one :)

    tak pernah tahu pun sblm ni. tq :)

    ReplyDelete
  22. thanks for sharing adik HJ. aku pun baru tau. tak rugi jugak ko ada blog ni kan bole sebarkan maklumat.

    ReplyDelete
  23. haha baru tahu ni.. kdg2 confius pulak bila org wish.. sy pun bls jer.. sbb tak tau apa sgt bahahah

    ReplyDelete
  24. ooo macam tu.. sebuah perkongsian yang menarik ni.. saya pun baru tahu pasal ni.. thanx

    ReplyDelete
  25. aku br tau hah

    ko sje nk tyng nasi arab kn

    ReplyDelete
  26. hehe aku suka kambing, tp tuk orng mcm aku yg alami tulang patah akibat xciden, xleh makan sangat sbb tak elok untuk tulang..

    huhu awal tul entry pasal raya qurban..hehe :D

    ReplyDelete
  27. ingat type entry ni mamai2 tadi...haha
    ok,baru taw ni.
    suke hari raya aidil adha sbb bnyk dpt daging,nnt boleh buat sate...hik3

    ReplyDelete
  28. sedapnyaaa makanan last tuhhh.
    bile nak belanja ni hj?

    ReplyDelete
  29. asal kambing je teringat H.J.. asal kambing je teringat H.J..kenapa yerk? lalalalaa~ ;p

    ReplyDelete
  30. Ohh ini first time tahu maksud aidil adha.. Thanks !! Tu la psalnye tetiba je ckp psal aidil adha.. Pdhal lmbt lg nk raya..

    ReplyDelete
  31. nyummm nyummmmmm.
    *taksuke makan kambing.
    sile tukar pic tuh dengan ayam pelis?

    lalalala.

    ReplyDelete
  32. br tau juga..:)..thankss HJ..

    kambing..sedapp..hee..tp xleh mkn sll nt bdn pns..ahah

    ReplyDelete
  33. Ermmmm Baru tau. Thankssss HJ:)
    Rasa lapar weh tgk nasik tu. Sedap sedap!

    ReplyDelete
  34. eh2 tibe plak hari raya Aidiladha~
    p0n blh kan~
    pe2 pn tq 4 the info =)

    ReplyDelete
  35. Saya baru tahu. Mekaseh awk. =)

    p/s: Bestnya kambing tu. *terliur*

    ReplyDelete
  36. baru tau ni..hehe

    xbrehi kambing.. make pening slaluuu.. huhu

    ReplyDelete
  37. "sebab apa hari raya korban dinamakan dengan hari raya aidil adha..bukan dengan nama aidil zaquan" LUCU haha


    tp serious dek, akak pon baru tau ni huh..syukran jazilan dekk :)

    ReplyDelete
  38. arghh tgk kambing dada akak berombak kencang.jeles arr

    ReplyDelete
  39. wohohoho ns minyak tu dalam gambar tu sedap bohh.. ni mesti x sabar nak korban duk buat post pasal aidil adha

    ReplyDelete
  40. info yg bgus.. nti bila dah raya re-publish laa. hek3x..

    ReplyDelete
  41. jazakillah h.j

    sesungguhnya, ak jahail lg sbnanrnya.selama ni tau smbt raya je seyes ak x tau hidden meaning behind.em, penemuan baru ni.

    tima tacih.slmt hari raya.eh?:)

    ReplyDelete
  42. tahu. kat sekolah agama dulu ade belajar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.