Skip to main content

pedihnya cinta pandang pertama

amat indah cinta pandang pertama. perasaan cinta yang mana hadir ketika kali pertama memandangnya. pertama kali bertentang mata, pertama kali jantung berdegup kencang..oh, indah.. dari mata turun ke hati, firasat mengatakan dia adalah jodoh kita..

tetapi, cinta itu hanya cinta kita. tidak cinta dia. si dia cuma memandang kita dengan pandangan yang kehairanan, bukan dengan pandangan cinta. oh..rupanya kita hanya syok sendiri. menganggap si dia juga sama seperti kita. jatuh cinta dengan pandangan pertama..

rupanya firasat kita salah. mungkin kita salah dalam menafsir firasat. mungkin juga firasat kita tidak pernah betul. kes terpencil macam ni biasanya amat perit, pedih dan tragis. memakan masa untuk kita memahami. memakan masa untuk kita tahu yang kita sebenarnya syok sendiri. kita sebenarnya bertepuk sebelah tangan...

cinta itu tidak perlu ditafsir, hanya perlu dihayati

Comments

  1. i still dont find the meaning of love..

    cinta Allah, ya.
    cinta Rasul, ya.
    cinta keluarga, ya.

    cinta yg lain.

    errr..

    ReplyDelete
  2. Cinta pndang pertama? nope....rietta lebih suka bila dah kenal hati budi....hehehe...

    ReplyDelete
  3. jth cinta pndng pertama ni byk cara.. melalui rupa, melalui perwatakan..atau mcm² lg... ermm, klu rs dh suke, trus trg je.. xyah nk pendam sensorang.. sama ada diterima atau x, itu blakang kira.. be gentleman bro.. =)


    *eh, apa merepek ni??

    ReplyDelete
  4. aku selalu cinta pandang pertama kt barang yg aku bekenan.. klu xdpt blh termimpi2.. hahahaha :p

    ReplyDelete
  5. mmg pedih kalo.. kita je yg syok sendiri.. huhu~

    ReplyDelete
  6. ko jatuh cinta ke dekkk? nk kawen ekkk?


    (bls dendam hahaha)

    ReplyDelete
  7. Mood jiwa-jiwa nampak.. Tak mesti cinta pandang pertama tu betul-betul cinta pun..

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang cinta akan dtg tanpa di undang..hehehe




    peace

    ReplyDelete
  9. amboiii....sakan bercinta der...hehehhehe

    ReplyDelete
  10. mmg sedih...tapi itu lebih baik drpd cinta yg putus di tgh jln..

    ReplyDelete
  11. setuju
    jgn terlalu mengharapkan cinta ;)

    ReplyDelete
  12. camana rasa tu.. rasa coklat or oren... hehehe

    ReplyDelete
  13. tengah bercintan cintun ke HJ oii ? hahaha memang sedih kalau syok sendiri ni.. hihi

    ReplyDelete
  14. arghh nape aku bc entri ni
    nape nape nape
    #aku tgh runsing

    ReplyDelete
  15. pedih?
    err apakah?
    tepuk sebelah tangan?

    huh.
    tensen bace pasal cinta.

    nasib baik dapat cuci mata tengok
    gambar tuh.
    # hot lettew.

    hikhok

    ReplyDelete
  16. er err.
    serahkan pada si Dia.
    Dia penyusun terbaik buat kita semua:)

    ReplyDelete
  17. mmg macam tu adat bercinta utk pandang pertama... kena jatuh dan rasa kesakitannya dulu..

    Bila dah terkena barulah ada pengajaran hidup utk lebih berhati2 utk cinta kali kedua dan sterusnya.. ehehe

    ReplyDelete
  18. bila cinta bertepuk sebelah tgn memang agak pedih...tapi jgn riso, tak lama..hihi

    ReplyDelete
  19. aaa.. cano eh? itew xpnah bercinteww.. agagga..

    okay,xprnah la dpt first love melalui mata.. hihi..10 kli pndang baru berkenan.. apekah??

    ReplyDelete
  20. pendam je lah.. :))

    ReplyDelete
  21. berhati hati menjaga hati :)

    chewahhhhhhhhh!

    ReplyDelete
  22. Kebaikan sama diri dan manusia lain juga CINTA namanya. Jangan mengkhianati dan mencemarkan diri sudah!

    ReplyDelete
  23. cinta pertama aku sangatlah memedihkan.. fuhhh cinta ke 2 pun sama, ketiga belum lg.. haha aku ni memang tak pandai nak brcinta.. :P

    ReplyDelete
  24. pernah rasa perasaan ni. kejap tetapi perit :(

    ReplyDelete
  25. hmmmm..malas nak pikir dh pasai cinta ni..enough laaa..

    ReplyDelete
  26. eh!! jap!..betul ke entry dr blog ubibadok nie?

    toing
    toing
    toing

    terjiwang lak baca sini ;p

    ReplyDelete
  27. zaman sekarang nih payah nak jumpa yang bertahan dengan cinta pertama. terasa rugi kalau hanya kenal seorang saja. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.