Skip to main content

McD ada menu kepala kambing #2

rentetan daripada entry sebelom ni pasal menu kepala kambing. serius..aku tak pernah lagi jumpa restoran fast food yang sediakan menu macam ni. kepala kambing ni bukan kategori fast food kan..? kalo setakat burger, kentang, ayam goreng tu boleh la kan..?

memang betul la apa yang FTP cakap kat komen tu.. aku beli kat luar dan bawa masuk dalam.. tapi, boleh ke buat macam tu..? bawa makanan luar masuk McD.? kat pintu sebelom masuk tu dah terang2 cakap yang tak leh bawa masuk makanan luar.. tapi, bantai juga.. lapar sangat..burger bukannya kenyang.. ni perut jantan la..haha

time masuk mula - mula tu.. pekerja McD siap dengan jeling semacam je. dia tengok ke arah bungkusan makanan.. bila duduk, order & big mac depan mata, time tu la buka bungkusan kepala kambing.. pergh..meleleh air liur pekerja tu.. korang boleh bayang tak..? aku peminat tegar kambing ni.. rugi sape yang tak makan kambing..

tak semena - mena aku tengok pekerja tu masuk dalam tempat diorang memasak.. fikir aku mungkin dia pegi ambil pinggan nak mintak sikit. tapi, yang kuar bersama dia bukan pinggan.. tapi supervisor..cuak.. tapi buat macam dah biasa buat macam tu.. buat selamba dan makan slow - slow..

laju je supervisor tu jalan. selang semeja dengan meja kami dia berhenti.. dia tengok muka kami bersilih ganti dengan kepala kambing. lepas tu dia blahhh.. haaa.. dia kena ilmu pukau ke...? takkk... bukan ilmu pukau.. lepas tu aku dengar dia cakap kat pekerja tu yang kami ni adalah pelancong.. kami dikecualikan kot.. haha

**lepas tu.. para pekerja McD borak - borak sambil tengok kami.. lepas tu senyum.. lepas tu gelak.. apakah maksudnya??

Comments

  1. palo kambing?.
    ngoti eh?.
    nak tengok gambar?
    palo setokol ko?

    ReplyDelete
  2. eh sbelum tu.. suka suki ko je tukar nick tu jadi FTP...

    FTR lah.. adehh.. hahaha..

    meh aku bagi tau firasat dia orang nape gelak2kan ko..

    dia kata.. 'orang asing.. camtu lah.. tempat dia tak de Mc D kut..' lepas tu 'kesian sangat tengok muka bebudak ni.. cam tak jumpa2 makanan sebulan je gayanya..'...

    hahaha.. jangan mare.. ;P

    ReplyDelete
  3. korang makan comot sangat kot. hahahaa

    ReplyDelete
  4. haha, mungkin diorg gelak sebab ingat korg perak takpenah dtg mcd mungkin (:

    ReplyDelete
  5. sebab korang pelik la.. haha.. apa kes kpala kambing?

    ReplyDelete
  6. kepala kambeng?msk apa ye dik?akak tak pernah mkn lg.biasanya kari kambing je. klu kepala lum pernah rasa lg

    ReplyDelete
  7. hmm..gitu ceritanya..dah agak.

    diorang gelakkan korang sbb pelik kot..mkn kepala kambing!

    ReplyDelete
  8. hee..sbb kelakar korang mkn kepala kambing?huuuu..

    sm mcm k.ujie ckp la..pelik kot tgk org mkn kepala kambing..org sn xmkn kambing ke?huuu

    ReplyDelete
  9. haha apo la diorang ni.. dok menggatal bwk mknan luar msk..

    ReplyDelete
  10. kalau lah ada kat msia..
    kepala kambing banyak isi ek..hahhaa

    ReplyDelete
  11. abah kaklimah memg minat sgt laaaa kepala kambing :P

    ReplyDelete
  12. Hehehe....t blk msia jgn lak wat camtu.....dh xde istilah pelancong....hehehe....

    Pssss.....salam perkenalan...

    ReplyDelete
  13. Kalo dorg gelak2.. Joinlah dorang gelak sama..wlpon xtau apa yg kelakar kan...hehehe

    ReplyDelete
  14. haha. diorang saja tuh. kalu aku , aku suka buat2 gelak.. haha

    ReplyDelete
  15. kepala kambig buleh makan ker?

    ReplyDelete
  16. gelakkn korang sebab tgk muka cuak tadi kot? hehe. selamat. kalau tak dah kena halau dah ke ape kan.

    ReplyDelete
  17. pikir bukan2.... cer bersangka baik...

    ReplyDelete
  18. hahah, mcm-2 kan :)

    Atotototo, nak link anda dlm bloglist fyqa? Jum join segmen fyqa. peace :)

    ReplyDelete
  19. hoishhhhhh..mengidam kambing golek laaa plak aku rasa skarang ni...yummmm

    ReplyDelete
  20. Nape makan part kepala, kan kambing byk isi...itu kot yg diorg borakkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.